Sunday, December 13, 2009

Matang berfikir, Matang bertindak or Matang berpakaian?

Satu kalimah yang sama; M.A.T.A.N.G.

Terpanggil menulis isu ini setelah membaca separuh buku karya Ustaz Hasrizal Abd Jamil; RINDU BAU POHON TIN.

Terpanggil jua setelah teringat sisa-sisa dialog internetku dengan beberapa orang sahabat yang bertanya pendapatku tentang matang.



"Ah, masakan aku hendak menipu. Ramai orang masih terpinga-pinga dan bingung apakah sebenarnya konsep matang", tekaku.



Cukup bagiku dengan mengira ia tidak cukup dengan luaran, tetapi DALAMAN. dan ia juga tidak cukup hanya dengan dalaman, tetapi LUARAN.

Next; persoalannnya apakah yang ku maksudkan dengan DALAMAN? apa jua LUARAN?



"Malas pulak hendak selak kamus dewan bahasa. Sungguh!aku memang tidak heret sekali masa nak fly dulu..", ujar hati.

Dari segi lafaz yang mudah; DALAMAN itu yang berkaitan dengan pemikiran. Bagaimana cara kita berfikir dan bermain-main dengan minda.

LUARAN itu pulak lebih kepada tindakan dan perbuatan. Bagaimana cara kita bertindak dan mengaplikasikannya dalam kehidupan.



Apabila LUARAN dan DALAMAN tidak berjalan seiring...pelikkan?

Analogi mudah, bila SUAMI dan ISTERI tidak berjalan seiring (untuk kes yang baru kahwin, yang pasangan lama tu...rujuk kes lain) mampu mendatangkan prasangka negatif orang sekeliling.

Nah..tidak pasti analogi nya tepat untuk isu MATANG. Tapi, point nya benda yang bergantung antara satu sama untuk menjadi yang terbaik, apabila berpisah maka hasilnya kurang baik.



Pernah dengar kes begini:

KES 1: "Kita perlu berfikir dengan matang..latih minda kita, jika tidak sampai bila-bila kita ni childish!",kata A dengan lagak tersendiri.

KES 2: "Tengok M tu...pakai sopan, menutup aurat, sejuk mata memandang. Pakaiannya memang menunjukkan dia ni matang", puji K tanpa kaji.



Persoalan:

KES 1: FIKIR itu bukannya objek. Ia tak dapat dilihat..tapi dapat merasai. Jadi, bagaimana kita nak melihat FIKIRAN seseorang itu menunjukkan kematangan seseorang?Hanya orang yang berfikir sesuatu boleh merasai sesuatu. Orang luar? Jadi, perlunya tindakan untuk menzahirkan apa yang kita fikir.

"Cuba bayangkan, perut kita lapar. Dalam minda kita terbayang makanan. Tapi, tiba2 kita ke dapur minum air. Orang mungkin ingat kita haus sedang kan kita lapar. Nampaknya, kita bertindak lain dari apa yang kita fikir", ujarku panjang lebar kepada sahabat.

KES 2: ahh, sudah terlupa..tapi InsyaAllah akan disambung. =)

Sahabat2,
walau siapa pun kita, dari mana pun kita, ke mana pun tujuan kita, belajarlah untuk menjadi matang demi agama dan keredhaan Nya, kerana segala ilmu yang kita dapat itu InsyaAllah dapat digunakan di jalan perjuanganNya.

Untuk menjadi yang terbaik bermula dengan A berakhir dengan Z, dikira dengan 0 hingga tak ternilai...
Sungguh, perjalanan ini sangat panjang dan selitkan setiap saat dengan ilmu yang berguna.
"Do not start with 1, but try to start with 0!"

dan, janganlah kita lupa..siapa diri kita sebenar.
"jadilah diri kamu sendiri..asalkan selari dengan syariat Allah..."

4 comments:

  1. Usia bukanlah faktor kematangan. Ada orang sudah siap degree tetapi fikiran dan cara pembawaan diri persis remaja sekolah menengah.

    Kematangan boleh dinilai dengan apa yang diletakkan sebagai tujuan dan matlamat hidupnya,apa yang sentiasa bermain difikirannya, apa yang selalu menyibukkannya.

    Faltor-faktor yang mempengaruhi kematangan pula seperti keadaan masyarakat ( selalu masyarakt dibwh tekanan lebih matang contoh di Palestin, anak2 berumur 6 thn dah pandai syarah fasal cita-cita hidup untuk berjuang krn Islam! cuba tnya anak 6 thn kt Msia..), didikan ibu bapa, kemahuan sendiri.

    Wallahu'alam
    Shiken Halim

    ReplyDelete
  2. salam
    setuju tu kak syiken..
    byk yg boleh pengaruh kita..
    tapi biasala manusia ni ldg2 high expectation tak kira tempat, agak bhy di situ.
    harap2 bolej jadi matang yang selari dengan usia dan kesedaran dalaman n luaran =)
    jzk atas sharing =)

    ReplyDelete
  3. Eh.. tolong delete link kepada blog saya (patahnya sayap malam). Merapu-rapu je blog tu. Bahasanya mempunyai carutan yg sangat tinggi.

    Thanks

    ReplyDelete
  4. yeke?tak perasan pulak. ok, boleh2. bisa diatur =)

    ReplyDelete