Monday, December 7, 2009

Ekspedisi Cinta

"E.K.S.P.E.D.I.S.I C.I.N.T.A"
Dua kalimah yang bagiku uni dan 'catchy'. Alhamdulilah!Dua kalimah yang terpaut hatiku pada isi dan ertinya. Dua kalimah yang ku 'curi' setelah membaca cerpen Hilal Asyraf, antara blogger dan penulis yang kuminati selepas Ustaz Hasrizal.

"Urm...fuuh!", hati mengeluh. Panjang keluhan ku. untuk apa?yang benarnya, aku tidak pasti...
"Dah masuk kali ke berapa ku korek mencari ilmu dengan membaca 1001 cerpen cinta dalam Islam, Cinta enta-enti, cinta para Mujahideen, cinta Al-Bait Al-Muslim..", bisik hati.

Artikel yang ku baca bukan sia2 pada pandangan hidupku. Artikel yang ku baca ada tujuan..ada makna..ada konsep..ada hujah..dan yang penting..ada sumber dan matlamat. Benar, MATLAMAT!

Ku kira, bukan tujuan ku untuk menjadi blogger atau penulis hanya sengaja menulis kisah kehidupan sebagai SIA-SIA dan kosong. InsyaAllah tidak! tapi biarlah ada matlamat...ameen!
Aku kadang-kadang keliru. Sungguh! keliru bila mana manusia mencari cinta berlandaskan taqwa dan iman. Ya!cinta berlandaskan iman...
"Fuh!Mudah untuk berkata dan menulis, tapi untuk melakukan...Tuhan, ini ujian.", keluh hati lagi.

"Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Ankabuut: 2).

Cinta tanpa landasan iman membawa pada penyakit hati. Penyakit yang boleh membawa 'maut' jika terus-terusan terleka. Penyakit yang tidak pernah kenal wanita yang tidak bertudung, bertudung,malah bertudung labuh sekalipun, Lelaki yang berjanggut atau tidak, berketayap atau tidak, tidak pernah 'miss' usrah atau tidak pernah jengah sekalipun...ia mudah dihinggapi. Nauzubillah!

Kenal, tapi tidak pernah bertemu wajah
Kenal, tapi jarang berjumpa
Kenal, tapi jarang berjumpa..hanya sms, facebooking, 'berjumpa dalam internet dunia'
Apatah lagi kenal, selalu berjumpa dan ber sms!

Tidak pernah kenal, tapi tahu wajah
Tidak pernah kenal, tahu wajah, berhubung jarak jauh
Tidak pernah kenal, tidak tahu wajah
...........................
Penyakit hati tetap boleh menyinggah dan mendiami.
Sekali lagi..Nauzubillah

Malas sebenarnya bila nak berbicara tentang cinta
kerana ia boleh melekakanku dari tugas dakwah
tapi aku lupa..kerana cinta, menyatukan manusia dalam dakwah
aku lupa, dalam dakwah ada cinta
kerana cinta, menyambung manusia dalam satu saf yang sama
Bukan cinta dunia....tapi CINTA PADA NYA

"Ekspedisi cintaku bukan untuk mencari isteri, tetapi untuk mencari ya Rabb, empunya cinta"
Ekspedisi cintaku bukan untuk mencari suami, tetapi untuk mencari ya Rabb, empunya cinta.

"Ah, sungguh sukar benar ingin bertindak", keluhku pada Allah..
Benar, terasa berat untuk melakukan dalam masa yang singkat tapi InsyaAllah dapat jika istiqamah dalam masa yang panjang.

Bertindak apa?
Mengadu pada DIA jika bersedih
Berkongsi pada DIA jika gembira
Sujud pada DIA jika bersyukur
Mengingati DIA jika tiba-tiba rindu

Teringat sedikit sebanyak kata2 Ustaz Pahrol; "Tanda bahagia itu bila mana kita rasa tenang".
"Ya Rahman, izinkan kami merasai ketenangan dalam jiwa kehambaan", doaku.

Muncul tiba-tiba peristiwa beberapa hari lepas;
"Susahkan nak buat..", soalku pada seorang sahabat. "Rasa macam dah tak mampu..tak tahu sampai bila nak bertahan", sambungku lagi.
Cepat dia memotong.
"Susah..tapi DIA yang memberi kekuatan.sama2 lah kita doa. yang penting, kita berusaha untuk istiqamah. Allah sebaik2 penilai..", nasihatnya.
Seorang sahabat yang ingin sama2 untuk menjadi, tak gopoh dan gelojoh untuk mencari!InsyaAllah...

"Ayie, seganla bila kita kenal seseorang bukan dalam Unit Baitul Muslim", tanya seorang sahabat padaku suatu hari.
"Urm, nak balas apa. Aku sendiri tak pernah berada dalam UBM", bisik hati.
Diam.
"Begini, katakanlah jika Allah beri jodoh kita walau bukan dalam UBM, yang penting Allah nilai usaha kita selari dengan 'guideline' yang Islam anjurkan. walau bukan dalam UBM, yang penting konsep membina Al Bait Al Muslim itu sendiri kita faham dan sasarkan", ujarku.

UBM itu badan yang memudahkan kita untuk membina keluarga muslim, selepas individu muslim, sebelum membina masyarakat Islam, negara Islam dan dunia Islam. bukan agen mencari jodoh biasa. Urm, sememangnya hal2 sebegini kena banyak belajar dan faham lagi.

Aku merenung. Even pasangan yang melalui UBM jika tidak faham cara, guideline dan konsep nya..tidak boleh juga. Isk..Isk..

"Walau sudah tertera nama kat kad jemputan kahwin...tapi kalau Allah dah takdirkan dia bukan jodoh kita..dia tetap bukan jodoh kita. Kun fayakun...', jawabku bila ditanya dan diusik sahabat-sahabat.

Sabda Rasulullah s.a.w;
"dan kamu tidak akan dapat menukar kehendak Allah, atau tidak dapat mengubahnya".


"kita hanya mampu berusaha...", bisik hatiku sendiri.

Moga usaha kita semua terbalas dengan redha Nya
Moga istiqamah kita berlandas 'guideline' yang betul
Moga niat kita...matlamatkan pada Nya
Moga kita semua berterusan dalam mencari cinta Nya

Ketahuilah, Allah sebaik2 penilai!!!

p/s: peringatan untuk diri sendiri juga yang seringkali leka dengan dunia...

No comments:

Post a Comment