Monday, July 20, 2009

Cinta suci di bumi New Zealand (part 6)

Ah, kejap sungguh masa berlalu. sedetik..dua detik..dan berdetik2. tup2, sampai sudah ke kalam2 terakhir rakaman pengembaraan ku di bumi Nz...

9 july 2009
Menjadi tetamu di Mount Hut sememangnya mengujakan!Perjalanan bermula seawal pagi yang dijangka menelan masa 2 jam. Mount Hut adalah salah satu tempat yang menjadi pilihan hati si peluncur ski tak lupa para snowboader. Perjalanan bukanla semudah laluan panjang di lebuhraya atau di mana2 jalanan. Perjalanan di dalam kereta seakan2 satu pendakian gunung. Amat mencabar! Jalan yang berliku2, berbatu2, ais yang meliputi jalan menjadi penghalang. Semakin lama menyusur, semakin tinggi pendakian.
"Ahh, kami pendaki yang tidak pernah gentar!", ujar hati memberi semangat. Telinga ku semakin tersumbat lantaran 'mendaki' terlalu tinggi. Perbezaan tekanan mungkin.

"Aih, bila hendak sampai2 ni?", soal hati senyap seakan tidak sabar. Sepanjang perjalanan, dari kaki gunung hinggalah perhentian terakhir, memang hebat pemandangannya.

"Subhanallah!", Maha suci Allah yang mencipta setiap kejadian itu dengan teratur nan indah", pujiku.
-part of Mount Hut-

Kereta2 terhenti. Oh, rupanya kami diminta memakai snow chain, yang dipasang di kedua tayar di hadapan. Tujuannya?untuk elak kereta dari tergelincir. Maklum, ais yang membanjiri jalan esp di tepi laluan, memang licin dan bahaya. Tapi tidak bagi si pemandu 4WD. "Ahh, tentu saja dengan jenis tayar yang mantapp...", teka ku.
Aksi2 rakan2 memasang snow chain mmg menarik. Bagiku, ini suatu pengalaman yang baru!Tidak semudah kata yang dilafaz. Cuba dulu, baru tau... =) Mana mungkin, pengalaman ini dapat ku kutip di bumi Perth. Bukan merendahkan2, tapi menjadi kebiasaan, lain tempat lain pengalamannya. Mungkinkah turunnya salju meliputi tanah Perth ini? Wallahualam.

Pendakian demi pendakian. Kesusahan demi kesusahan. Minti berganti minit..pemandangan bersilih ganti mengambil alih.
"Ahh, putihnya gunung sukar digambarkan", sapa hati. Aduh, benar!sukar untukku ceritakan kecantikan ciptaan Allah.
Kami makin sampai ke kemuncak. Kereta berhenti. Ku lihat, pelbagai jenis kenderaan berbaris seakan dalam perbarisan.
"Kenapa berhenti?", soalku.

"Oh, bas2 sudah tersedia utk mengambil tetamu Mount Hut. Agak sukar utk kereta melepasi sempadan atas. Atau mungkin..sudah penuh. Sesak nanti..", seorang rakan mengulas panjang lebar. dan kami, bergegas mengumpul barang2 yang ingin dibawa ke atas. ku toleh kiri...dan kemudian kanan. Tak lupa belakang dan depan. hampir 360 degree!
Mat2 dan minah2 saleh sibuk dengan kelengkapan lengkap utk snowboarding or ski. Costume nya, kasut nya, topinya.. "Fuh!hebat3", puji ku, sedikit.
dan kami..
sibuk mengangkat pinggan2, cawan plastik, tupperware yang dipenuhi sambal dan periuk yang berisi nasi lemak.

"Fuhh!ini lagi hebat!dasyat selera anak2 melayu",selorohku. Tersengih. Mana tidak, tangan masing2 penuh dgn beg2 plastik. Bukan kasut canggih, bukan pakaian special, bukan jua alat2 ski or papan khas..tapi nasi lemak salju special!=). Susah payah menanti giliran kami utk naik ke atas. Sejuk, seperti biasa masih setia menemani dan melayani kerenah kami.
"Moga sejuk2 ini ada hikmah nya", harapku.

di atas, kami berbincang. Izat dan Wan memilih snowboarding. Mantap!Separuh dari kami, memilih ski. Selebihnya, memilih utk chairlift sahaja. meninjau2, merakam sekitar dan aksi2 kami mungkin?=)

"115nzd", ujar penjaga counter. menarik!itu tanpa clothing.tapi, sekali dengan lesson!=).
"140nzd with cloth", sambungnya.
Setuju! hati anak pengembara ini membuak2. Bahang kenikmatan bermain ski sudah terasa.
Kami, bakal pemain2 ski, bergegas ke atas. Memilih baju dan seluar khas utk elak basahnya di medan perjuangan salji nanti. Tak lupa kasut khas dan alat2 yang lain. Kasut memang menarik. dengan size 10, aku cuba menyarung. Beratnya?MasyaAllah!Berat. Tah berapa kilo da..
Aku meminta beberapa rakan menolongku memakai kasut.
"Lambat juga aku ni..", sayu hati.
Percubaan demi percubaan. Ku gagahkan diri untuk menyarung kasut. Sakit!finally...
"Alhamdulilah!lega..", syukurku.
Setapak demi setapak. Susah payah aku melangkah dengan kasut seberat batu. Rasa macam bertongkat.Tak biasa..Maklumlah, 1st time =)

Jam berhenti di medan pertengahan. 12.30 tika itu. Perut berlagu rancak. Boleh buat orchestra!

"Apa kata, kita makan kejap sementara tunggu jam 1", cadang seorang rakan.
Ahh, itu yang ditunggu2!sengihku.
Bau nasi lemak dan sambal merah beralun menusuk hidung kami. Mungkin, hidung2 orang2 kiwi juga yang turut menjamu di situ. sudah, ketepikan rasa malu dan segan. Jika tidak, lapar yang dapat.
"Kita kena ada tenaga sebelum bermain", tegas rakan. Senyum.
Selesai!tapi, masih ada lebih dari separuh yang belum dijamah. simpan untuk rakan2 lain.

Jam 1pm.
Gemuruh. Menggelegak cuak juga hati. Ski lesson bermula. 2 orang cikgu yang semua nya lelaki mula memperkenalkan diri. Yang kami, tersengih2 dan cuba untuk fokus seolah2 sedang mendengar lecture di uni. Maklumla..1st time =)

-senyuman bakal pemain hebat-=p

Step by step..latihan demi latihan. Golekan demi golekan. Berdebukk!jatuh. Kesian beberapa orang rakanku yang jatuh dan hampir2 jatuh. takpe, 1s time!
"gagah kan diri kawan2!", jerit hati.
Bila tibe giliran ku, cuak!cuba untuk fokus dan apply teknik2 yang ditunjuk oleh cikgu2.
zuup!!berjaya!! Alhamdulilah..tak pernah jatuh lagi.Hati puas.
Level seterusnya, bila kami dibawa ke atas sedikit. Pembelajaran masih berterusan. Minit berganti minit. Latihan demi latihan.

"Alhamdulilah!!", ucap hati riang. Terasa seronok nikmat bermain ski. dan yang penting...tanpa jatuh! Bunga2 keriakan hampir kelihatan.
"Oh, Ya Allah!jauhkan ku dari liang2 keriakan,"doaku. Alhamdulilah...puas!corak papan yang sebelumnya hanya lurus, kini semakin bercorak belokan2. Meluas semgihku. hati puas. Aku senyum seorang diri kerana gembira! tapi, cerun yang lagi tinggi tidak sempat dijelajah dgn papan ski.

"Ah, tak mengapa. Belum rezeki, belum sampai masa. Mungkin, lain kali", pujuk hati.
Beberapa jam bermain, pengalaman dikutip. Yang penting, nikmat bermain beramai2!jalinan ukhwah semakin terikat. Alhamdulilah.. Kasut yang tadinya berat...masih lagi berat. Cuma, kesakitan hilang di track. Nikmat bermain ski lebih tegar!
sebelum pulang bertamu, kasut berat terpaksa dipulang ke tempat asal, tak lupa semua peralatan.
"Ah, rindu padamu kasut berat", ucap hati.

Rakan2 lain sempat merakam indahnya Mount Hut dengan camera dan dslr masing2. Garisan2 keletihan sudah terpancar di wajah2.

-pemain2 ski and snowboarding professional-=p
Bas comel menanti, menjemput kami pulang.
"Selamat tinggal Mount Hut!", lambai hati.
Perjalanan selama 2 jam diteruskan dengan kepuasan hati masing2. Aku mencongak.
"urm, tinggal 1 hari lebih aku di sini", ucap hati perlahan.
Esok, bakal menjadi hari terakhirku di bumi Christchurch.
10 july 2009
Sempat ku berkunjung di Riccarton Mall untuk kali terakhir. Pemergian ku kali ini penuh maksud; mencari luggage baru untuk Sue krn yang dahulu yang sudah hilang roda dan patah. Kesian sungguh nasibmu luggage. Luggage medium size beralun merah kupilih dengan harapan Sue akan menyukainya. Ada sale!!alhamdulilah, rezeki lagi. =)
Sempat jua ku bertemu dengan Abg Shamsul dan isteri. Namun, kedatangan ku juga diisi dengan tujuan untuk membeli beberapa helai tudung dari mereka. Corakan indah, Hatiku berkenan dan lantas memilih 2 helai tudung. Puas dan lega. =). Sempat kami berbual dan bertukar cerita dan pengalaman masing2.
"Indahnya ukhwah pelbagai umur", puji hati.
Malam terakhirku di sini disua dengan hidangan laksa. Nikmat! syukran kpd sahabatku, Fazly, yang sudi menjamu aku, onai dan diana dengan suapan laksa. Hasrat perut tercapai.
Alhamdulilah...lega.

Jam 3.30am
Flight ku dijadual jam 6.00am. Ucapan, pelukan dan lambaian terakhir untuk sahabat dari sahabat. Kesian ku lihat onai dan diana yang susah payah terjaga untuk bersua dengan ku sebelum bertolak pulang. Tak lupa dengan kak Diah. Aiman dan fazly sudah menunggu di luar bertemankan kereta sewa kami.
Hangat pelukan2 sahabat, sesuai dengan dingin di luar yang mampu menyengat tulang belulang.
Syukran Onai, Diana dna Kak Diah kerana sudi memberi ku tumpang untuk dua malam. Thank you Allah!
Perjalanan tak sampai 10 minit ke Christchurch International Aiport.hatiku sayu seawal pagi.
Syukran to Fazly and Aiman kerana sudi berjaga malam untuk menghantarku pulang.
Syukran sahabat2 Christchurch dan others kerana sudi membantuku sepanjang aku bertandang ke bumi Nz...Moga ini bukan pertemuan kita yang terakhir.InsyaAllah!
"Selamat tinggal bumi Christchurch!", hati melambai. Akan ku datang meneroka mu lagi. InsyaAllah..
Rakaman pengembara menjadi tetamu di bumi New Zealand tamat...

No comments:

Post a Comment