Thursday, July 16, 2009

Cinta suci di bumi New Zealand (part 4)

3 july 2009
kesedihan bertandang...
hari ini menjadi saksi pemergian terakhir buat bro Hanafee, sahabat seperjuangan dari bumi Christchurch. Lewat jam 830 malam, aku turun padang menemani rakan2 untuk menghantar bro Napie di airport. Makin lama, makin ramai orang. Jpa sponsored, Petronas, MOE etc..

"Pejuang hebat. Mesti ramai sanggup turun padang..", pujaku senyap.
Senyuman terus menerus lekang di bibir. tanda sedih dan sayu mungkin. Banyak gambar kenangan yang diambil. Nota terakhir dari beliau sempat diutus untuk rakan2 Chc yang bertandang. Pelukan2 akrab tanda ukhwah fillah~InsyaAllah...Sempat berborak untuk kali terkahir dengan beliau. Terasa tempias perpisahan. Tak sampai separuh tahun mengenali beliau. Apatah lagi rakan2 CHC yang sudah bertahun bersama. Lagi rasa tempiasnya.
"Ahh, sudah pasti mereka rasa dalamnya luka perpisahan", teka hati. Ku lihat, muka setiap seorang sayu, cuba menahan getaran air mata mungkin. Sahabat lain lama menangisi...

"Indahnya Ukhwah fillah..",bisik hati.
Semasa pulang, sempat ku rujuk air muka sahabat2 sewaktu dalam kereta. Diam. Sunyi. Aku tertunduk. Memahami apa yang baru sahaja berlaku..
"Beri mereka masa...", nasihat hati.

Moga hari esok, memberi sinar baru untuk sahabat2 ku di sini...

4 july 2009
Awal pagi datang menyapa. Jam menunjukkan pukul 830 am. Aku sudah bersiap2 untuk bergerak. 5 days-trip to Queenstown! MasyaAllah!hatiku meronta2 tanda ketidaksabaran. Bimbang. Resah. Gembira.

"Ahh, perasaan!dasyat sungguh!", ujar hati.

Perjalanan kami bermula dengan bacaan doa."Ya Allah, berilah perlindungan untuk kami semua..", doaku. Ahli trip berjumlah 13 orang dari pelbagai sempadan; Christchurch, Auckland, Perth, Brisbane dan Melbourne. Bahang ukhwah semakin terasa. InsyaAllah!

Bekalan sudah lengkap. Perjalanan dijangka menelan masa 8 jam.Perjalanan banyak terhenti bagi turun merasai nikmat nya Alam. sekejap2 turun. tak rasa bosan dan jemu. tapi, Nikmat!terima kasih Allah...
-on the way ke Queenstown-

Gunung2 salji, lembu2 tompok hitam putih seakan-akan iklan susu Fernlean. Sejuk kian menggila. Dijangka snow akan turun di daerah Queenstown. Doaku tak putus agar semuanya selamat.

Angka jam 745pm, kami selamat sampai ke daerah impian. Suhu yang entah berapa negatif degree mencucuk tulang. Subhanallah!sejuk beku. Lantas, kami bergegas check-in di Backpackers (sekali lagi, aku terlupa nama nya...). Mata sempat meninjau corakan malam pertama ku di Queenstown. Hidup!atau pemuda-pemudi zaman sekarang kata; ada live!Ahh., masakan tidak. Antara resipi malam itu ialah Jazz Concert di city Queenstown, antara menu yang menghiasi winter di sana.

Di backpackers, aku bertemu bakal roomate ku; saudari Ain. MOE sponsored student dari Wellington. Comel dan peramah orangnya. Pintaku, moga sesi perkenalan berlangsung untuk malam seterusnya. Masuk ke bilik 72.

"Wah, macam hotel!", puji ku. Aku menggambarkan backpackers lain..tapi yang ini lebih indah. Alhamdulilah!55nzd per night per room. Katilnya Queen. jadi, divided by 2 kira seorang 27.5 nzd. Lengkap dengan bilik air, towel dan pinggan mangkuk. "Boleh tahan...", hatiku puas.

"Ayie, if nak guna internet..gunalah laptop Ain",offer Ain.
"Ye?Thanks Ain. Oh, berapa kena charge ek?", perkataan 'ek' tak lekang dari mulut orang2 johor.
"10nzd for 2 hours"
"Urm..not bad", ujarku. Saat itu, terlintas di hati kalau2 keinginan untuk meninjau2 result Sem 1 yang bakal tiba.
"kot2 kena supp, boleh juga nak check2", sapa hati.Uh, mtk dijauhkan Ya Rahman...

Sebelum malam berlalu pergi, agenda pertama kami dimuatkan dengan memasak berjemaah untuk hari esok.
"Alhamdulilah! sahabat2 yang menemani tripku ini bagus2 orangnya. Rajin dan bertolak ansur", puji hati. Kami tak melepaskan peluang untuk lebih berkenalan dengan kawan-kawan. Meriah dengan gelak tawa dan ragam. Oh terlupa, orang kata dunia ini kecil. Tanpa perancangan, ukhwah lama bertaut kembali. Trip kali ini rupanya dihadiri oleh sahabat akrabku zaman sekolah Maahad Muar dulu; Azrah. Hati berbunga2 riang.Dinner kami diselitkan dengan perbincangan games utk hari esok. Ada yang memilih bungee jumping, canyon swing, jetboat, luge etc.Seronok!kota keriangan dan cabaran Queenstown.

5 july 2009
Pagi nan sejuk. Beberapa ahli yang memilih Bungee jumping hilang, meniti ke tempat tertentu seawal pagi. separuh dari kami berpisah. Yang tinggal, bakal menjadi tamu Gondola & Luge yang berharga 42nzd untuk 5 times luge. Menarik!!Aku yang takpernah kenal luge itu tertanya2 bentuk permainannya. Semangat mesti ada, kawan!

- bermain Luge-

Nikmat keriangan bertambah apabila aku, Wan dan Dayana menempah ticket berharga 75nzd per person utk Paraflight, terbang belon dengan bot laju. Namun, nikmat itu mati. aktiviti terpaksa dibatalkan krn windy, khuatir mengundang masalah. It's refundable!Kami diminta utk refund..
"Takpelah, takde rezeki", wpun sedikit kecewa kerana menyangka Paraflight boleh menggantikan aktivity bungee.
Hari berlalu dengan keletihan dek bermain Luge 5 kali. Nikmat keriangan...Alhamdulilah!!!

6 july 2009
Trip ke Milford Sound. Bunyinya sahaja sugguh indah. Bayangan pananorama yang sukar digambarkan!Hati melonjak2 aktif. Milford Sound terletak 4 jam jauh dari Queenstown. Sekali lagi, 3 buah kereta berderet di jalan. Melalui aliran gunung yang agak curam. Sejuk masih menemani. Kami bergerak jam 730am. Milford Sound Cruise bakal menyambut kami dengan ticket berharga 65nzd. Untuk makluman pembaca, tiket cruise berubah2 mengikut masa depart. 9.00 am berharga 55nzd. 11 am bernilai 60nzd. 1.00pm bernilai 65nzd. 3.00pm berharga 60nzd. Kenapa?Soalan yang sama ditanya Abg Iwan kepadaku, student MOE di Canter Uni.

Teka ku kerana faktor view nya. Sudah tentu harga tiket murah jam 9.00am kerana kabus pagi yang tebal. Berbanding dengan jam 1.00pm, tiket nya yang plg mahal kerana viewnya yang memberi jaminan kepuasan utk pelayar.urm..no wonder~

Lupa untuk menyelidiki sejarah asal usul Milford Sound ini. Tapi panorama alam nya..tak setanding dengan harga tiket. Tak ternilai!


-on the way ke Milford Sound-
"Subhanallah...!",hati tak putus2 memuji keindahan keunikan ciptaan Allah. Semuanya lebih bernilai dari emas dan perak. Air terjun yang sgt indah aliran derasnya, jatuh dari alur gunung. Gunung menghijau tulen, Laut tenang tanpa gelora.
"Ya Allah, bunyi seluruh isi perut alam yang terbentang di hadapanku ini seakan bertasbih kepada Mu", usap hati.

Ain sempat berpesan malam sebelum bertolak; "Ayie, esok jgn lupa melihat anjing laut dari Milford Sound", nasihatnya.

Dan kami, bagai anak2 kecil, berlari ke atas dek kapal tika kaki mencecah masuk ke dalam cruise. "Ah, ketepikan malu dengan mat saleh jika ingin meneroka alam", sempat ku melirik ke arah local people di dalam cruise yang agk mewah itu. Tidak lupa, semangat Asian yang kini berani menjelajah!

Kesejukan di atas kapal, tingkat plg atas tidak mampu mengusir semangat para pencinta alam. Photographer masing2 tak lelah memberi shot yang terbaik. Sempat, rakan baruku, Ferzly (student MOE di Monash) membuat rakaman salam perantauan aidilfitri nya bersama jubah yang tersarung.

"Ah, budak ini memang penuh dengan idea!hebat!",puji ku.
Sudahnya, mat saleh dan pelayar lain tersenyum simpul melihat telatah2 kami. Seakan rakaman untuk Majalah 3. Keindahan alam terus diteroka hinggalah sampai satu waktu, aku turun ke tingkat plg bawah, ke toilet. Kapal terhenti. Lama. Suara riuh sedikit.

"Ahh, mesti sesuatu yang istimewa berlaku di luar sana. Jangan2 anjing laut sudah kelihatan", teka ku.
Benarlah..aku terlepas peluang melihat anjing laut dari Milford Sound. kesiann~
Rakan2 bertanya akan ku yang tiba2 hilang. Muka masing2 ceria melihat keunikan alam yang aku sendiri sudah terlepas. Alahai, takde rezeki..=)



-di atas cruise berlatar belakang panaroma Milford Sound-
-Milford Sound-
Cruise mewah berhenti berlabuh pada jam 3 pm. Alhamdulilah...mataku puas menyelongkar khazanah alam. Kami bergegas berjemaah dengan jama' ta'hir di pelabuhan dan menikmati ayam masak kicap sebelum bertolak pulang. 4 jam perjalanan pulang menggamit memori yang sebentar tadi dikecapi. "Alhamdulilah..", bisikku. On the way pulang, sempat kami bertamu di Mirror Lake, keunikan berlakunya reflection yang sukar dilukis.

"Subhanallah!hebat kuasa Mu Ya Rabb!", puji hatiku lagi.

-Mirror Lake-
Malam di daerah Queenstown berlalu dengan menanti keindahan hari esok...

3 comments:

  1. salam wbt ayie!

    sana helwa ya jameelah!:D

    selamat hari lahir!

    ALlah, moga Kau Berkati umurnya dan Kau kukuhkan langkah sahabatku ini untuk terus berjuang di JalanMu..

    sayang awak fillah ayie,
    kak dati
    Melb 2009

    ReplyDelete
  2. salam akak ku syg!=)
    syukran 4d wish and doa
    InsyaAllah..moga ketemu di kota Melbourne or Msia.InsyaAllah`

    ukhwah fillah~=)

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..

    subhanallah..cantik betul NZ nie..

    ReplyDelete