Monday, July 13, 2009

Cinta suci di bumi New Zealand (part 2)

"Ahh..aku kini berada dalam pesawat air bus xxx. Ya Allah, selamatkan kami semua" , lidahku tak putus berzikir.
3 and 1/2 hours menanti. 2 young local people di sebelah ku kdg kala tertidur dan kdg kala khusyuk gelak tawa bermain game dan lagu. Alhamdulilah, senakal2 mereka ini, mereka senyap seakan menghormati pabila melihat aku membaca mathurat di tangan. Apabila aku senyap, mereka riuh semula. its ok!janji dalam kawalan.
dan aku, sedang cuba memaksa mata kesayanganku untuk pejam dgn harapan agr Captain membuat isyarat utk landing.
"pejamlah sayang...," pujuk hati kepada mata. cemburu di hati melihat penumpang lain esp local people yang khusuk membaca. Ahh, bukan aku tak nak. tapi, aku jenis orang yang sukar membaca di dalam kenderaan. baik kereta mahupun pesawat. apetah lagi semasa berbasikal. buka sahaja page, pening menerjah..

Terbangun dan terlelap semula. begitulah rutinku dalam pesawat sehinggalah Captain membuat annoucement.
"Alhamdulilah..selamat mendarat selamat sampai", kata hati.
"Selamat bertemu bumi New Zealand. Aku datang untuk meneroka mu", jerit hati kecilku.

Menanti penjelmaan lugagge di depan mata menjadi masalah kepadaku. Harapanku tinggi melangit agar luggage merah hitam ber 'reben' hijau milik Suraya (housemateku) muncul. Hampir 10 minit, luggage yang dinanti dari jauh seakan melambai minta dipungut.
"Ah, itu dia..wahai luggage ku sayang. Ku sangka kau pergi lagi meninggalkanku..", getus hati.
Alhamdulilah!thank you Allah!

Keluar dari pintu depart, bebola mata merayau2 mencari seseorang or 2-3 orang.
Dari jauh, tersengih Farhana or Mui (panggilan manja kami) melambai2. Baju tidur beralas jaket tebal menunjukkan keselesaan tika mengharungi winter di bumi Christchurch. di tambah pula dengan pelukan hangat 2 orang sahabat yang lama tidak bersua.

Jam menunjukkan pukul 1.30 am.
"Kesian kau Mui. dahla flight aku delay 2 jam. susah2 kau datang dengan baju tidur", selorohku.
"Yela..member datang dari jauh. Takkan aku tak sambut. Hehe", kata kawanku. Kami gelak sekejap. Aku sangka Mira turut ada. Teringin juga nak berpelukan dgn dia di airport. tapi kesian, sudah tertidur di rumah.

"Siapa lagi yang datang?Kau drive sorang2?", soalku.
"Aiseh, buat2 tanya pulak. Mestilah dengan seseorang...", ujar Mui. Aku hanya mampu tersengih sambil kaki melangkah keluar dari airport. "Subhanallah! ", kesejukan menyentuh tulang badan.
Dari jauh, aku melihat seseorang datang menuju ke arah kami...

Tika kaki melangkah masuk ke rumah Mui.
"Peh, best nya rumah kau. Classic pun ada. dahla besar, duduk 3 orang", ujarku sambil mata merayau ke seluruh ruang. Saat itu, perkenalan ku dengan kak Anis and Kak Yani bermula (housemates Mui). tak lupa dengan Mira..=)

25 june 2009
Siang hari pertama di Christchurch. Indahnya...Mui and Mira membawa ku keluar. Tak pasti apa plannya. Yang pasti seorang lagi sahabatku turut menemani, Fazly. Capture pertamaku dengan EOS 400D adalah di Uni of Canterburry.

"Indahnya..cantiknya..,"puji hati.

-tika melintas sempadan Uni of Canterbury-

Kaki merayau bersama kesejukan siang. Silap dan degilku yang hanya membawa sehelai baju tebal (yang tak berapa tebal) wpun aku tahu Winter di New Zealand bererti hampir beku. heheh~
Perjalanan kami bermula dengan bas. "Bas nya macam bus kt Perth. samala...", ucapku. Syukur Mui bagi pinjam Metro Card nya.
Destinasi kami ialah SUMNER BEACH. namanya sahaja cukup menarik. sampai di sana..
"sejuknya ya Allah..", hati mengadu. Gigil. Tapi, bila mata melirik ke sebuah kedai comel di tepi jalan, mata terpaku. Diam. "kedai ice-cream la kawan2", jerit ku. aih, macam setahun tak makan ice-cream. sudahnya, walaupun sejuk beku pantai, kami tetap berselera makan ice-cream yang pelbgai perisa. Double-scoop lagi + wafle. Choc flavour nya sgt sedap!jarang dapat rasa choc yg memang choc. Nikmat nya ya Allah~
lama juga kami bermain2 di pantai dgn ice-cream. Gambar jgn cakap. tak putus2 bergambar.

-depan kedai ice-cream-
-gambar sewaktu turun curam-
Gaya, mutu, keunggulan...Part yang paling best selain ice cream: saat mendaki buki batu yang agk curam ku rasa. Hinggalah sampai ke puncak. melihat kapal2 berlayar jauh, seakan filem Pirates of Carribean. Keindahan pantai meliputi hingga ke persekitaran luar. termasuk rumah2 mahal mengeliling pantai.

"Indahnya YA ALLAH..". rasa ingin sujud syukur di bumi Christchurch. =). Malam berjalan dengan sambungan semula sesi perkenalan dgn kak Anis and Kak Yani. gelak tawa mereka semua membawa ku ke alam mimpi. sebelum tidur, aku termangu. Menanti, bagaimanakah hari esokku di bumi indah New Zealand...
















2 comments:

  1. Syukur, inilah salah satu pengalaman berharga dlm hidup Ayie...Uchue teruja sgt2 bkn sbb dpt lihat gambar2 tp teruja dgn gaya catatan awak tu...tak sangka! bershaja tp ader technic yg baik..Uchue yg tak suka membaca nipun leh layan plak dgn catatan awak tu! OWCHHH!!

    ReplyDelete
  2. hihihi~
    kak athi: thanks so much!if nak pgi NZ, kita pergi lagi yek?sama2..=). student life?InsyaAllah!takpe kak, boleh jd student lg..sempat kak..sempat.=)

    ucu:la..ucu ada blog gak ke?hehehe..
    thanks ucu. saje2 menulis..segan jek~ngeh3!=)

    ReplyDelete