Perjalananku bermula seawal pagi ke Hotel Shang ri-La berdekatan Circular Quay benar-benar mendebarkan. Namun, sahabat2 sentiasa di sisi, tak putus-putus menyuruhku bertenang dan bersabar. Raut wajah memang nampak tenang. tapi hati ni...Allahu Allah! Alhamdulillah, setelah berpusing dan merayau sekitar, akhirnya tiba di Shang ri-La Hotel. Megah sungguh berdiri hotel ni. Anggun dan mewah.
'Ouh, interview di sini? Biar betul..Mahal ni!', aku meneka.
Sampai di lobi, Ukie dan Izul tersenyum. Hampir setahun kami tidak ketemu. =] Kami menunggu dengan separuh tenang. Sempat kami mengomel lama di lobi mengenangkan masa Melayu. Allahu Allah~
Dang~giliranku yang kedua selepas Izulman,. Sempat Cik Isabella menerangkan kami serba sedikit tentang JPA vs SPA dan juga PTD.
'Bunyi kerjaya yang mencabar', getus hati. Dimaklumkan, Australia adalah antara negara yang terpilih oleh SPA pada tahun ini sebaris dengan New Zealand, Russia dan UK.
'Lucky me!', kata hati. Begitulah sangkaan ku yang pertama. Namun, setelah diasak dengan soalan2 yang aku sendiri kadang kala sukar faham, buatku mengeluh hari ini. Sempat aku bilang, berapa patah terms yang sukar ku fahami. Entahla...labu! It takes me approximately half an hour to finish my session. Alhamdulillah...berakhir sudah.
Hari ku (1 Julai 2010) di sambung dengan merayau sekitar Opera House, Harbour Bridge dan suatu tempat yang sukar diingat namanya =]. Sempatku bermuhasabah diri, melemparkan mataku dan hatiku ke Harbour Bridge.
'Indah sungguh!', kata hati.
Walau ku mengaku sekitarku sesak dengan manusia, sejujurnya hatiku tenang di sana. Melihat ragam manusia dan muhasabah kembali kepada diri ini.
'Dan sungguh, Kami telah menempatkan kamu di bumi dan di sana Kami sediakan (sumber) penghidupan untukmu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur [Al-A'raf: 10].
Alhamdulillah!Syukur sangat2 pada Mu Ya Rabb, kerana dengan keizinanMu dapat aku menghayati keindahan nikmatMu di muka bumi ini.
'Uh, walau di sisiku tergantung Canon 400D, tidak dapat merakam keindahan sekitar Harbour Bridge dan Opera House ini', sapa hati.
Kali kedua ku di Sydney, tak pernah rasa sepi. Alhamdulillah =]. Pengalamanku di Sydney untuk kali kedua ini, sangat2 berharga. Bukan bermaksud, kenangan yang lepas tidak berharga. Bukan! Cuma kali ini, semakin manis rasanya =). Alhamdulillah! Hatiku tertinggal di Sydney...
Teringat kembali sewaktu perjalanan pulang dari Sydney ke Perth. Sudahlah kecewa amat bila mengenangkan kedai Krispy Kreme di airport tidak dibuka seawal pagi. Gegaran lama yang kami alami buatku fobia. Astaghfirullah! Jangankan kempunan Krispy Kreme Original Glazae. Allahu Allah~Masih terngiang-ngiang.Flight yang kami naiki, Virgin Blue gegar selama lebih 1 jam. SubhanaAllah! Perasaanku tidak dapat digambarkan. Yang nyata, hampir kering mulut ni mengucap dan berselawat kerana takut terhempas.
'Ya Allah, masih sempatkah aku meminta maaf kepada kedua orang tua ku, keluarga dan sahabat2?', ujar hati ku masa itu.
Yang pasti lagi, tanganku memegang lama di tepi kerusi. Diam. dan tidak bercakap. Hanya fikir, adakah sudah sampai masa Allah menarik semula nyawaku. Sempatku jeling pramugari yang hanya tersenyum sambil berdiri.
'Ah, kasihan mereka. Tuhan saja yang tahu dalam hati mereka', getus hati. Tapi, mereka sentiasa senyum bagi mengelakkan kerutan ketakutan di dahi masing2. Penumpang yang lain, fikirku, cuba 'cool and steady'. Masing-masing duduk dan diam. Cuba menyelami geseran2 angin di luar. Strong wind. Pilot dan anak=anak kapal pula tak henti-henti dua tiga kali cuba membuat kami, penumpang bertenang.
'Kalaulah flight ini terhempas, entah berapa kerat amalku yang boleh ku bawa sekali ke matiku. Allahu akbar!', hati sayu.
'Argh..lepas ni, dah tak nak naik flight lagi! Naik kapal balik Malaysia pun aku sanggup!', jerit hati. Masih terngiang2 ayat yang ku sebut dalam hati. Bila dikenang kembali., ayie..ayie.. Dasyat sungguh kata2 hatimu. Bukan sekali dua naik flight, malah setahun berkali-kali. =D
'Jika cerita pada ayah, makin takut Ayah nak naik flight', fikir ku nakal.
Alhamdulillah...umurku masih panjang. Jika tidak, pasti tak dapat ku coretkan di sini. =]
Syukur, Allah beri peluang lagi untuk membuat amalan kebaikan. InsyaAllah!!! Thank you, Allah! Setiap kali bermusafir, akan ku tinggalkan hati ku di sana, pada setiap daerah yang ku lawati agar ia terus bersemadi di hati. InsyaAllah..
Benarlah...hatiku tertinggal di Sydney. InsyaAllah, till next time. Moga lambaianku ke Kota Sydney bukan yang terakhir...
p/s: Teringat lirik Musafir Kelana (Raihan):
-"Marilah bermusafir, laksanakan tuntutan jiwa.
Bermusafir, berkelana..Kenallah Tuhan Maha Pencipta..."
No comments:
Post a Comment