Alhamdulillah, selamat mendarat di bumi Perth. sangat kesal kerana terlajak tidur entah berapa jam. tanpa mimpi! Berderet missed calls dan messages menanti tanpa balas. MasyaAllah, maafkan aku Tuhan kerana dek kepenatan itu aku terpaksa men qada'kan solat. hanya Kau yang tahu...
Sydney.
'Kota yang sesak lagi menyesakkan', teringat status seorang sahabat. Urm, ada benarnya. Memang sesak dan ada life!Hidup tanpa mati. Ia mungkin kadang kala menyesakkan mata dan kepala. tapi dengan langkah kali ini, Sydney 2010 bagiku; 'Ya, ia sesak. tapi tidak menyesakkan malah menyenangkan..'Alhamdulillah. Pertemuan dengan sedara2 dan sahabat2 amat bermakna. Kali pertama ke Sydney adalah pada 2008. Kali ini, winter 2010 menjadi saksi kedatangan ku ke Sydney dengan niat berpaksikan Tuhan. InsyaAllah!
Jika dulu Malaysia Hall menjadi tempat ku untuk bermalam, kini Macquarie menjadi pilihan.
Sydney Aiport yang moden bertambah canggih dengan 'train station' terbentang di hadapan airport.
'ticket to Macquarie please', pinta ku.
'It's $16.40', ujar staff di situ.
'Gulpp...!', cuba menelan air liur.
'Is it for one-way?', soalku tak puas hati.
'Yeah! do you have concession?', soalnya kembali. Aku kembali tersenyum sambil meraba dompet mencari Uni card.
'Ouh, sory. There's no concession sticker. You have to pay at full rate. Well, you can get $10 if you have the sticker', katanya sambil tersengih. Allah...hanya mampu tersenyum.
'Perth oh Perth. Tiba-tiba rindu padamu sebab berjaya memanjakan kami dengan pelbagai concessions', kata hati.
Sungguhpun terkejut dengan harga, aku puas hati dengan train nya. tak sesak. Bersih. Berbaloi juga. tidak mampu terlena sepanjang perjalanan. Mata tidak puas memandang ke luar. Tiba di Central, mencari Platform 16 (jika tak silap) terus ke Macquarie dengan luggage 20 kg sedia menemani. Mata terus hidup mengamati pekat malamnya kota Sydney.
Macquarie.
Boleh tahan cantik!tidak sesesak city of Sydney. terasa seperti berjalan di Christchurch pula. [baca: catatan di Bumi New Zealand]. Hampir sejam perjalanan, kesejukan malam menjadi saksi pertemuanku dengan sahabat2 Macquarie. Alhamdulillah!sapaan dan pelukan hangat. Alhamdulillah!akhirnya, bertemu kami di sini. Di Macquarie sempat singgah di Macquarie Central dan sempat membeli sehelai baju merah dengan harga $12.95. Lucky me! 2 hari di Macquarie mengajarku, pengenalan ukhwah yang indah. Terbayang mereka yang bersusah payah menjemput dan melayan kerenahku. 'Alhamdulillah...', ucap hati.
Ah, hati tertinggal di kota Sydney.
SPA interview: what is SPA stands for? .......to be continued. insyaAllah!
assalamualaikum ayie,
ReplyDeletekite pun rindu sangat sydney skrg!
rindukan zon selesa, kerana sekarang sudah berada di dunia realiti.
yup! zon selesa itu perlu ditinggalkan demi perjuangan untuk agamaNya, kerana 'kehidupan selesa' di sana nanti, adalah apa yg di dambakan.
Allahu akbar!
doakan perjuangan, perjuangan kita, perjuangan agamaNya!:)
uhibbukifillah :-*
salamun Mimi
ReplyDeleteinsyaAllah..kedua2nya zon realiti. cuma, waqi' yang berbeza. harapan, moga kita semua terus berjuang utk agama walau di mana sahaja berada.
insyaAllah, walau jauh di mata, dekat di hati =]
ameen...
luv u fillah..insyaAllah (^__^)