Dunia Ini
Dunia ini,
yang kau cinta akan hilang ditelan kuasa Sang Pencipta
Alam ini,
yang kau nikmati akan musnah kepada serpihan merata
Bangunan ini,
Yang kau reka, yang kau mengaku hebat dan raksasa
setinggi mana pun ia mencakar langit, seunik manapun bentuk dan fungsi
se Gah manapun bahan yang diguna
semuanya akan juga tunduk sujud menjadi sisa
Manusia ini,
Keluarga, anak-anak atau kekasih
yang kau puja dan setia, akan hilang tanpa ‘sayonara’
Lautan, pantai dan sungai ini,
yang kau rindui bayu tenangnya
yang kau puji gulungan ombaknya
yang kau hayati biru atau hijau warna sucinya
akan bangun dengan kegagahan
menelan mu semuanya
Tanah ini,
yang pernah kau anggap rata
yang selalu menjadi alas pijak mu
yang sentiasa di bawahmu
Akan turut bangun mengunyah mu semuanya
Semuanya tunduk pada kuasa Nya
Dunia ini,
apa sahaja isinya akan pecah dan bebas menjadi debu
Kau, Aku dan Kita
yang pernah,sedang dan mungkin akan mendiaminya
semuanya akan pulang menghadap Sang Pencipta
Sedarilah kau yang bernama,
Bahawa Dunia ,Alam, Manusia, bahkan segala benda
Memang bukan milik kita
No comments:
Post a Comment