"Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku," ujar Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi'. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
"Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?" para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.
Jika Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
"Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!" jawab Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.
Aneh.
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada... itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.
Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.
Cinta luar biasa.
Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.
SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi'ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu 'anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.
"Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat," kata Anas bin Malik, Radhiyallahu 'anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan...
Dhuha Isnin, 12 Rabi'ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
"Fee al-Rafeeq al-A'laa, Fee al-Rafeeq al-A'laa..." Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
"Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi" bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.
SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru...
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu....
"Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia" [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]
petikan:
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Friday, February 26, 2010
NA O Mei?
alhamdulillah
tika aku menulis, baru pulang ke kenduri doa aselamat rumah sahabat di Perth. subhanallah!sungguh, rasa meriah!tinggi harapan, agar ukhwah yang bermula akan terus berputik kerana Nya. ameen!
im still waiting for tomorow, another big event for MISWA for the new chapter of 2010; Maulidur Rasul after 'program sambutan pelajar baru Perth'. Tugas yang agak berat bila diminta oleh AJK2 untuk menjadi salah seorang panel forum esok dengan tajuk ; 'Peribadi Muslim di Perantauan'. Allah!apalah yang ada pada akhlak ku untuk dibandingkan dengan orang lain yang hebat2 sokmo...bingung.
namun, Allah itu maha Memberi dan mengingatkan hambaNya untuk ADA sifat MEMBERI melalui ayat2 dalam KitabNya. subhanallah!Maha Suci Allah..
Hiduplah memberi dengan sebanyak2nya...berilah dengan KASIH SAYANG.
InsyaAllah, dengan ayat-ayat itu mampu memberi ku peringatan untuk terus memberi walaupun sekecil2 benda. Moga ianya dapat dimanfaatkan...
Masih lagi bingung...tak tahu untuk memberi apa?a few notes have been jotted down. All without explanations. sigh~
Allah, i need ENERGY to generate more ideas...and MORE!Moga Allah membantu...ameen!
Hati berdoa; ya Allah, KAU mudahkan urusan ku pada hari esok. moga majlis kami berlalu dengan baik...ameen ya Rabb!
Menggigil..
p/s: Salam Maulidur Rasul...moga selawat yang kita cuba perbanyakkan hari ini tidak terputus hingga ke ahir hayat kita.InsyaAllah...
having such a great moment with the newcomers and friends..welcome guys~;)

Sunday, February 7, 2010
Yes, I want to be your second wife (for this case only)
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Ubay tegas dan yakin.Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Ubay liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Ubay diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Ubay seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Ubay muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Ubay , sekecil pandangannya terhadap Fulanah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Ubay sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Ubay berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Ubay dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.
Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Ubay . Bagi Fulanah, Ubay seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Ubay melamarnya menjadi isteri kedua. Ubay masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Ubay tersebut.
Bagi Fulanah, Ubay tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Ubay berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Ubay semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Ubay – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Ubay .
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Ubay dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Humayra’. Ubay sekali lagi gusar takut-takut Humayra’ tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Ubay menemui Tuhannya, namun, Humayra’ yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Ubay bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Humayra’ ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Humayra’ daripada beberapa sahabat terdekatnya, Ubay berjumpa dengan Humayra’ bertemankan sahabat baiknya.
Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Ubay mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Ubay tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Humayra’ ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Ubay menerima jawapan Humayra’ yang tenang dan yakin.
Humayra’ mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Ubay .
"Kenapa saya?" tanya Ubay ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Humayra’ yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Ubay tersenyum.
Akhirnya, Ubay dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Humayra’, Ubay terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Humayra’ sangat membantu gerak kerja Ubay semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Ubay membawa Humayra’ untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Humayra’. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Ubay . Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Humayra’ juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Humayra’ dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Ubay sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Humayra’ yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Ubay menoleh sedikit ke arah Humayra’, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Humayra’ riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Ubay dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Humayra’, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Ubay yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Ubay aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Ubay membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Ubay berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Humayra’ yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Ubay menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Humayra’ mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Ubay .
"Tak nampak pun," Humayra’ meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Humayra’ sangat berdebar.
Ubay tersenyum lebar, memandang Humayra’ penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Ubay .
kalau isteri/ suami itu disinonimkan dengan komitmen, perjuangan itu adalah pasangan kita yang ke berapa?
dipetik dari seorang sahabat~

Subscribe to:
Posts (Atom)