Saturday, November 28, 2009

A Note to Remember 2

Daripada Nabi s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi, daripada Abi Barzah katanya:

"Tidak berganjak kedua tapak kaki seseorang hamba pada hari kiamat kelak sehingga disoal-siasat berkaitan 4 Perkara:
1. tentang umurnya di manakah dia habiskan
2. masa remaja di mana dia curahkan
3. tentang hartanya di manakah dia cari dan. ke mana pula ia membelanjakannya
4. tentang ilmunya; apa yang telah diperbuat dengannya?





Petikan dari: Tafsir Al-Munir (surah A-Takathur) karangan Dr Wahbah Al-Zuhaily

Friday, November 27, 2009

A Note to Remember

Abu Zar Al-Ghiffari radiallahu 'anh berkata: Saya berkata kpd Rasulullah s.a.w: "Apakah kandungan Suhuf Nabi Musa?" Baginda menjawab:

"Keseluruhannya adalah pengajaran".
Aku merasa hairan terhadap orang yang yakin kepada kematian tetapi ia masih terus bergembira
Aku hairan kepada orang yang yakin tentang neraka tapi ia masih ketawa
Aku hairan terhadap orang yang meyakini qadar ketentuan Allah tapi ia masih kecewa
Aku hairan terhadap orang yang melihat dunia yang membolak-balik penghuninya tetapi ia masih merasa aman terhadap dunia
Aku juga merasa hairan terhadap orang yang meyakini adanya hisab di kemudian hari tetapi masih tetap tidak beramal (untuk bekalan)".





Dpetik dari buku Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam - Fathi Yakan

Friday, November 20, 2009

after few months

Salam

Alhamdulilah!lama aku menyepi sedar tak sedar dari mid semester hingga penghujung semester. 2nd year is unofficially ended!(excluding the results). Alhamdulilah..moga2 masa yang berlalu membuat diriku semakin matang.



Exams are finally over!jika dulu sebelum exams, 1001 benda nak dibuat..selepas berakhir exams, terfikir apa yang perlu dibuat. Allahuakbar!sedangkan, banyak yang perlu dilakukan. Islam tidak anjurkan umatnya mensia2kan masa. Astaghfirullah!



"Ah, banyak juga novel yang ingin dibaca,.tak cukup sekadar membaca semata2 tapi analisis!", hati mula berbicara. 2-3 lagi buku menanti utk disentuh. leka!leka....kesian diriku.

"Sudah!hilang dah ke istiqamah ku?" soal hati. mana tidak, 'things-to-d0' seakan 'things-to-forget'. Nauzubillah!jika sebelum dan semasa exam, petang malam selak dan baca Al-Quran. yelah..nak ketenangan katakan.. tapi sekarang?

"Allah...aku perlu tepuk dada tanya iman", keluh sang hati.



Ya Allah, jangan kau palingkan hati2 kami setelah kami mula bersatu ingin menegakkan agama Mu



Sedikit perkongsian, berita terbaru membuat kan hati bersyukur;

Tuan guru Nik Aziz tersenarai sebagai TOP 500 muslims yang berpengaruh di dunia". Alhamdulilah!manusia menghargai kehadiran ulama..buka mata buka minda. syukur!

ah, penat juga lama berhenti menulis..=)

mungkin sampai di sini kalam dariku..moga ketemu lagi pena elektronik ...