Monday, June 22, 2009

Menulislah...

salam,
Ahh!tinggal lagi beberapa jam sebelum bermula kembali perjalanan ku ke Kota Melbourne. ya..kota yg aku jatuh hati buat pertama kali ketika menjejakkan kaki ke sana Winter 2008.

"hatiku tertinggal di Kota Melbourne"..
ya, itulah ungkapan ku satu tika dulu.dan sekarang, isu Swine Flu merebak. recent news updated "Victoria is the highest ranking in Australia".MasyaAllah. Bingung. Adakah ungkapan yg sama masih ku sebut tika mendengar berita ini?Gerun juga hati. Masakan tidak, pendaratan sementara di sana memungkinkan aku dijangkiti Swine Flu. Nauzubillah!bisik hati kecilku.
Ahh, perjalanan harus ku mulakan, hendak atau tidak. Bukan kita yang mencorak takdir kita. InsyaAllah, moga Allah permudahkan perjalanan.Doaku.

"Menulislah bukan utk memberitahu, ttp utk mencetus mahu..." (Ustaz Hasrizal).
Itulah ungkapan Ustaz yang popular..
Act, i have just read a blog by Ilham Hamdani, penulis yang baru shj aku kenal tahun ini. antara recent blog beliau; ttg galakan menulis ketika di luar ngr. ahh, benar jg kata2 nya. hampir sahaja teman2 ku mempunyai blog msg2 since di oversea. Itu sudah baik..=)
menulis..menulis..dan menulis...

Tidak tahu pada yang lain, ttp risau menggamit diri. "Mampukah penulisanku memberi mesej yang baik kpd pembaca?"
Likewise, tidak semua orang memahami dan boleh menerima apa yg kita tulis.

"lain maksud, lain tafsir"

tapi AWAS!kpd yang sudah bermula, teruskanlah menulis. Penulisan itu tidak akan mati hingga sampai masa diseru.
Menulis...menulis dan teruskanlah menulis...

Sunday, June 14, 2009

come on!!!sikittttt,...je lgi

salam
dikala mata letih krn cuba memahami Study Guide Law Business Organisation:

pttnye kena tgu lagi 2 hari br boleh menulis..tapi jari jemari ku trus laju menekan papan kunci (translate to keyboard, yeke?).
Ahh..!rasa ingin menulis sesuatu.
fikir sejenak, dua jenak...dan tiga jenak!
rasanya inilah yang ingin ku tulis;

Exam officially ends: 17th june 2009 (wednesday)
LAST paper: Law Business Organisation 201
venue: Curtin Stadium 111 (rasa mcm ambik paper time exam SABSSA, amaze jugak dgn venue tu =)
Mode: tak dapat menahan kesabaran wpun risau dgn result yang menanti tak kurang dari sebulan lg...
2 days more~
Come on Ayie!!!sikittt je lgi...

p/s:Oh belum terlewat utk mengucapkan selamat berjuang utk kwn2 yang baru start exam this week. keep walking~

*Ya Allah, yang Maha mendengar rayuan hati hamba2 Mu..bantulah kami, permudahkan Ya Rahman...mohon dgn amat*

Thursday, June 4, 2009

Perubahan itu..,.dan tup2!mereka berubah!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Salam,
ahh, rasa seram sejuk hendak menulis. bukan apa, lihat saja tajuknya..'kecuakan' melanda. tapi, sudah seabad (hiperbola) aku menanti utk menulis tentang isu di atas. jadinya, seribu satu kemaafan ku pohon jika salah tafsir/ silap paham ayat2 yg bakal menjelma nanti...

Starting word: P.E.R.U.B.A.H.A.N
Allah..bukannya senang nak berubah dan diubah!jika dihitung sebenarny begini: "senang nak berubah, sukar utk diubah"-benarkah?urm...
ya...padaku memang senang nak berubah. tapi AWAS!perubahan bagaimana?yang sementara atas yang kekal?mampukah kita menjamin perubahan yang kita lakukan akan berkekalan?
usaha dalam istiqamah, InsyaAllah Allah redhai.

Teringat kata2 seorang sahabat sewaktu ku berkunjung ke Melbourne cuti easter yang lepas.
"Perubahan itu memerlukan pengorbanan dan paksaan"-ayatnya takla sebijik mcm tu, tapi bunyinya lebih kurang; ada paksaan n ada pengorbanan.hehe~
tapi AWAS!untuk readers jgn salah tafsir hingga anda fikir "perubahan itu memerlukan paksaan hingga kita kena paksa diri kita untuk berubah!". Sungguh, paksaan itu menyakitkan. Antara kurniaan Allah adalah hidayah untuk kita berubah kpd yang lebih baik. Hidayah itu bukannnya datang dari kita sendiri, tapi dari Allah.
saya kira, apa yang dimaksudkan oleh sahabat saya itu berbunyi begini:" perubahan itu sememangnya sukar, dan jika kita benar2 berniat utk berubah kerana Allah, kena paksa sedikit diri krn kita yakin sememangnya perubahan yang baik itu yang kita inginkan" Wallahulam..

fenomena students2 ke oversea; C.U.L.T.U.R.E S.H.O.C.K
Dulu2, before aku ke oversea, jenuh orang kata "baik2 kat sana. jangan sampai culture shock". Sungguh, aku sendiri kurang faham 'culture shock' yang mcm mn yang dimaksudkan. dari budayakah?makanan?pakaian?=)
rewind balik kata2 seorang PR di perth:"kadang2 kita rasa kita tak kena culture shock pun. tapi, hakikatnya, orang sekeliling lihat kita dah kena culture shock. Kita tak dapat rasa dan cuba untuk 'avoid' fenomena tu. tapi, orang lain yang boleh nampak kita mcm mn". Urm, ada benar jg akak ni ckp. dulu2, aku rasa orang yang kena culture shock ni bila tbe2 pakaian berubah, lifestyle pun berubah.aih!nak salah kan siapa ye. nanti2!jgn main tuding sahaja jari2 kita ke pihak2 terbabit..fikir2 dulu.

oh ya, back to the topic;
sudah lebih dari setahun aku perhatikan, sejak awal winter thn lepas. penilaian dari jauh n dekat. melihat keadaan sahabat2 seperjuanganku yang kini merata2 di Oz. BERUBAH kah mereka?pada tafsiran ku sendiri, YA! tapi kita kena berbaik sangka. perubahan mereka ke arah yang lebih baik. BETTER!maka, ku kira ianya tidak salah. tapi kenapa aku rasa mcm ada sesuatu.something wrong...ya, krn semuanya berlaku dalam masa yang singkat, at the same time!rasanya, bukan aku shj yang menjadi pemerhati. rewind blk, zaman2 INTEC, uih!siapa tak kenal si polan ni, smoker hebat di kolej. Geng kuat..etc. Macam2 cerita ku dgr dulu. tapi skrang, licin sahaja megeluarkan hadis2 n ayat quran, berbahas dr segi agama. 1 ayat ku beri, 10 kali ayat di bahas blk. kalah ustaz kt sekolah.=)
ku kira, itu perubahan yang bagus. Alhamdulilah, tumpang gembira dgn perubahan kwn2 ku.

tapi AWAS!dalam pada kita cuba utk berubah, jgn terlalu obsess!kdg2 kita react seolah2 kita tau segalanya. ku kira dlm hati, aih baru beberapa bulan di oversea, gayanya mcm bertahun mengajar kuliah. Ya Allah, buruk sangkakah aku?
ku hitung, perubahan baikkah itu jika kawan cuba untuk memberitahu input or pandangan yg dipelajarinya..tapi dibls dgn lagak diri dan kumpulannya saja yang benar?ya Allah, moga kita dpaat perbetulkan niat kita. tapi sungguh: Ikhlas itu rahsia Allah. yang penting kita ada usaha untuk berubah.

dalam pada ku berfikir, timbul lagi persoalan:
"perubahan baikkah itu jika ianya dalam keadaan mengejut dan terburu2 hingga terputus ukhwah dgn kwn2 seperjuangan, kaum keluarga pun terkejut"
urm...tidak dapat ditetapkan bhw perubahan yang terburu2 itu tak kekal dan perubahan yang slow2 itu berkekalan. terserah kpd niat dan usaha kita bagaimana.
cumanya, jika sentuh blk konteks ukhwah kita dgn kwn2 lain, baikkah perubahan itu jika kita hanya bergaul dlm kumpulan yang sama dgn diri kita shj. kwn2 lama kita, kwn2 seperjuangan kita, susah payah kita dulu2, kwn sekampung or sebandar kita jarang or langsung tidak kita peduli?atas dasar apa?jangan sekali bilang krn ats dasar kita tak sama sikap. ya Allah!bukan ini perubahan yang ku harapkan.

Sungguh, aku sedar diri betapa jahil nya aku dalam bdg agama. sedar diri jg yang aku tak mcm orang lain; ada saja ayat Quran dan potongan hadis yang boleh support point2 or pendapat mereka. sungguh!aku kagum pada orang2 sebegitu. siapa yang taknak berubah?ahh, rasanya jika ditanya kpd 10 orang, maka 10/10 akn jawab YA!KAMI NAK BERUBAH!. sama la jg dgn diriku. lagi2 la bila dh smpai Perth ni, hampir setahun lebih aku kt sini. mcm2 pengalaman, pengajaran n ilmu dikupas. kdg2, bila berada dalam satu environment baru, kita akan sedari kekurangan dan kelebihan dalam environment tersebut. mcm itulah gambaran hidupku.
tinjau kehidupan ku: Aku, yang dibesarkan dlm keluarga yang sederhana (biasa2 saja), tapi ditaburi dn usrah muslimin or muslimat almost every week. tapi, sayang. tak terbuka pintu hatiku waktu itu utk korek n apply ilmu islam. orang mungkin akn pelik. masakan tidak!5 tahun kutip ilmu di maahad. bukan calang2 sekolah. dgr sahaja orang kagum n respect. tp alahai!sayang sungguh!niat ku cuma wktu itu, nak jd the best dlm SPM, utk ibu ayah. tp utk masa depan islam n masyarakat?tidak!or mungkin ada...tp sekecil mn. sampai ke harini, aku masih terpkir, knp semangat dan usaha ku sekarang tidak seperti waktu2 dulu?Allah..sayang sungguh!
tapi itulah hakikat.
"masa lepas adalah pengalaman dan pengajaran. masa depan adalah impian dan harapan"

Beberapa bulan di Perth, dan ya...hinggalah sekarang (sudah lebih setahun setengah), baru timbul kesedaran akn pentingnya ilmu2 islam utk dikorek dan di'share'. Dan beberapa bulan slps di sinilah, terdetik di hati kecilku:"Ya, aku inginkan perubahan...perubahan yang kekal dan tidak mengejut! or bahasa pasar orang pgl " perubahan slow2. tp AWAS bukan 'slow motion'.Hehehe...
keinginan ku makin kuat bila mana, Kak tie meletakkan kepercayaan padaku utk membawa or handle usrah adik2 yg baru smpi di Perth. ya Allah, berat jg tugasan ini. bukan taknak, tapi SIAPALAH AKU. ilmu sekecil mn, akhlak pun tak match dgn background sekolah."Huu..hati kecilku menangis. tapi aku sedar, sekecil2 sumbangan, ia tetap dikira sumbangan!
"ERTI HIDUP PADA MEMBERI".
urm..benar jg. mungkin ada hikmahnya. Dengan amanah dan tanggungjwb ini, atlez dpt 'memaksa' diriku utk menyelak2 kitab2, belek2 artikel internet, tanya2 orang yg lg arif. urm, Alhamdulilah, aku dapat belajar dan menerima sesuatu. tp jg dapat memberi sesuatu kpd adik2 ku. sungguh, Allah Maha kaya dgn ilmu!!inikah yang dikatakan;" Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya?"mungkin....=). keiginanku makin kuat bilamana kata2 senior ku yang sudah pun pulang berbakti di Malaysia;
"People don't care how much you know until they know how much you care"

Ahh, benar!terkena diri ku..Alhamdulilah!wpun, baru ku realized ia sama spt yang terkandung dalam 'Aku Terima Nikahnya' hasil karya Ustaz Hasrizal. tapi apapun, ia kata2 semangat yang bermakna!!InsyaAllah...

tapi..timbul lagi persoalan. Ahh, sudah..Ayie ni,tak habis2 dgn persoalan, asyik timbul saja tak tenggelam2;"benar kah aku sedang dan sudah berubah. Jika benar, masyarakat dpt terima kah?familyku?kawan2 lamaku?"
plg tkt: habis saja zaman di OZ, blk Msia..hilang sudah perubahan yang dikecapi sms di oversea. Malu jika orang kata:" eh, dulu bukan ke budak ni yang semangat habis kt oversea.sekarang, mn hilang perubahan itu?

Hati kecilku berdoa: "Ya Allah jauhkan lah hal itu dari berlaku pada diri kami. Sungguh, kami mengharap keredhaan dari Mu agar ia nya berkekalan.Amin.."

jawapan:"I DON'T KNOW. U TELL ME.."
Aku mungkin penilai diriku, tapi aku tak usir orang lain utk menilai diriku. Penilaian orang mungkin ada benarnya. tapi AWAS!penilaian orang tak mesti juga tepat.

"Allah itu sebenar2 penilai yang tepat"

Aku bermuhasabah diri; kerapkali aku terlalu merisaukan pandangan dan penilaian orang terhadapku, tapi seringkali jua melupakan pandangan dan penilaian Allah terhadapku. Nah!benar...bukankah menjaga pandangan Allah itu lebih penting.

"Ya Allah, tunjukilah kami jalan orang2 yang lurus, jalan orang2 yang kau beri nikmat. Bukan jalan orang2 yang Kau murkai" (ayat surah Al-Fatihah)

"Jika benar inilah jalan kpd Mu, kpd agama Mu, maka tetapkan lah hatiku dgn iman agar aku sentiasa beristiqamah dalam melakukan kebaikan"

Tahniah kpd sesiapa yang rasa dirinya ingin berubah dan sedang berubah kpd lebih baik!tapi AWAS, mari kita sama2 perbetulkan niat. soal keikhlasan itu RAHSIA ALLAH. yang penting ada usaha...dan kpd yang rasa dirinya belum lgi berubah, TAHNIAH!anda menjadi diri anda sendiri..tapi NANTI!ini tak bermaksud orang lain sedang berpura2.cuma, mereka sedang mencari diri mereka yang BARU!dan mungkin...anda jg sdg berubah wpun sebesar zarah. cuma..kita kdg2 tak sedar akn apa yg berlaku kpd diri kita sendiri. dan ini juga tak bermaksud, anda tidak akan berubah...cuma masa dan waktunya..hanya Allah yang tahu.
ingatlah, Allah jua sebaik2 penilai..

wallahualam

p/s:maaf diri ini terlanjur kata. harap tidak menjadi slh faham. lumrah dalam hidup; "lain kata, lain maksud, lain tafsir..."