Showing posts with label vacation/trip. Show all posts
Showing posts with label vacation/trip. Show all posts

Friday, July 17, 2009

Cinta suci di bumi New Zealand (part 5)

Sudah siri ke 5 aku merakam kenangan di Nz. Ku doa, dapat menyumbang sesuatu untuk kalian, para pembaca. Sekadar pembetulan;ada yang tertanya2 apakah maksud kata ku dalam siri Part 4; "...bagaimana corakan malam pertamaku di bumi Queenstown, Hidup!...Jazz concert menjadi menu di daerah Queenstown". Jangan disalah tafsir, krn aku mengertikan bhw malam itu di daerah Q, agak berisi kerana adanya Jazz concert utk tetamu2 Queenstown. Bukannya aku memilih menu itu untuk suapan malamku.malah, bukan jua untuk rakan2 ku yang lain. Harap maklum =)


7 jun 2009
Hari keempat aku menjadi tetamu di daerah Queenstown.
"Ahh, cepat sungguh masa berlari!pecutnya mengalahkan raja2 pecut di bumi", sapa hati. Kecuakan melanda. senyap. Berfikir. Mana mungkin ku lupa, result exam bakal menyapa ku esok. Aih, kusut...
"ya Allah, tolong aku. Tenangkan perasaan yang menggelegak ini. Moga tujuan ku menjadi tetamu di bumi NZ bagi mencari ketenangan dan diriku sebenar dapat dicapai..", doaku.
Fokus. Istighfar. agar perasaan itu tidak bertandang lagi. Apatah lagi utk mengganggu percutian ku.
Malam semalam, aku sempat bertanya ke mn arah kita hari ini kepada kak Ayu (juga student MOE).
"Wanaka. dan kita bakal meninggalkan Queenstown", sambungnya.

"Allah, rupanya malam 6 july menjadi malam terakhir ku di daerah Queenstown", hati sayu.
Tak sangka, kami bakal menjadi tetamu terakhir, meninggalkan daerah Queenstown. Awal pagi jam 730am, 3 buah kereta meluncur laju meninggalkan daerah bermakna ini..

"Selamat tinggal daerah Queenstown", ucap hati. Hati mendengus, panjangkah umurku untuk datang kembali, menjadi tetamu di daerah ini...
Wanaka!!bunyi nya macam wakaka..(hati ketawa kecil teringat perkataan wakaka..)
Sudah!inikah yang dikatakan spt kak Yani: Puzzling World?

"Syukran ya Allah!", syukur.
Beberapa jam perjalanan. Perhentian demi perhentian. dari jauh, mata tidak berganjak menyapu alam. Kotak2 warna warni bangunan semakin muncul. Beberapa patah perkataan menjadi fokus si bebola mata.

"Puzzling World", ejaku satu persatu.
"Ya Allah, warna warni yang indah seperti dalam magic world", pujiku.

Hati melonjak2 riang. bagai kanak2 yang berlari ke taman permainan. Terus saja ku mengambil gambar di bangunan condong, tidak seperti condongnya menara Pisa.

"12.50 per person", jerit seorang rakan.
Tapi Allah Maha Pemurah. datang seramai 13 orang memberi kelebihan. Harga tiket turun sedikit.Lantas, ku hulur wang note bernilai 10nzd kepada rakan untuk tiket masuk ke The Great Maze dan special room (ah, memang lupa nama bilik ini. sekali lagi..).

The Great Maze: Terkedu. Belum lagi start pusingan puzzle ini. Di sini, kota pencarian 4 buah menara; Green, Yellow, Blue and Red. Diberi masa dan sedikit hints. Berkotak2 dan berpusing2. Kreatif!!

-dalam The Great Maze-
"Kesesatan bakal tiba..", rungut hati. Kami berpecah kepada 3 kumpulan.
Dalam beberapa minit, aku dan 2 orang lagi rakan sudah berjaya mencapai puncak menara Kuning. sementara..

"Letihla.taknak main la", jerit mereka dari puncak menara.
Kami ketawa, meneruskan permainan hingga titisan peluh kering yang terakhir...

"Alhamdulilah! berjaya.", jerit kami. Aih, tinggal lagi 3 menara. "mampukah?", soal hati. Kesuntukan masa. Enggan menjadi loser. Hafiz dan wan sudahpun surrender ketika sampai ke Menara pertama mereka, Merah.
Minit berganti minit. Sesat bersilih ganti. Pening. Badanku terhuyung hayang.
"Allah, ni belum lagi kepenatan di medan jihad seperti berjuang nya Rasulullah dan para sahabat", ujar hati memberi semangat. Kaki melangkah laju. Peluh?tiada! mana tidak, berjalan dan berlari di kala winter. 3 menara sudah ditakluk. Tinggal lagi satu. Menjadi kebiasaan, yang terakhir biasa nya lagi payah. Terasa payah. Makin sesat. rasa seperti ditipu2 sewaktu menjumpai pintu2 dan tangga2 yang tricky. Ketika semangat berkobar2...

"Dah2. Jum keluar dari Maze.Kita kejar masa ni untuk ke perjalanan seterusnya", jerit Abg Iwan.
"la...lum habis lagi ni. Satu lagi..", sayu kata Ferzly.
Kami keluar. Sempatku menoleh ke arah menara biru yang patutnya ditakluk.
"Alahai..", rajuk hati.
"Tak mengapa.. kita ttp dikira pemenang!", pujuk rakan.
Special room: Dasyat. Pelik. memang amazing! mana tidaknya, bilik yang dari luar biasa. di dalam, 1001 teka teki sains dan teknology. Wajah2 pelik menjelma di dalam. Kotak2 magic, bilik pelik (di mana, aku bisa menjadi rendah..hehe) dan 1001 kepelikan yang berteorikan sains.

"aduh!pening jugak dalam bilik ni..", ucapku. Mana tidaknya, bilik yang 'menukar' ketinggian ku seperti mendaki bukit. terasa kejanggalan. Ku lihat cermin pelik..
"Aik, aku jadi rendah!"
Tapi ku sedar, keajaiban cermin tidak terbanding dengan kuasa Allah, yang mampu merubah segalanya dalam sekelip mata.

-badan menjadi senget, pening, tarikan graviti-

Pelbagai gaya gambar diambil. Kenangan.
Sempat jua ku bertandang ke toilet. Buka sahaja pintu masuk Ladies; Terpana. Gambar yang menarik terpampang di hadapan. Pelik tapi menarik.

-pintu masuk toilet-
Sesi photografi berjalan hingga sampai penamatnya. Kami bergerak pulang. 3 buah kereta tetap menanti perjalanan kami.

"Selamat tinggal, Wanaka. Selamat tinggal Puzzling World, kota keriangan dan kepeningan..", lambai hati.

Hati tertanya2 ke mana perjalanan seterusnya. Terfikir2. Mana tidaknya, semalam rakan2 sibuk berbincang daerah ini. Berkerut2 aku memikir.
"Greymouth!", jerit hati.
ya...daerah Mulut Kelabu seperti kata Ferzly.

Kami menginap di backpackers, seperti biasa. Aih, lupa lagi namanya..tapi masih tegar di ingatan kami, luar nampaknya seperti bangunan yang hampir roboh. dalamnya...Not bad!Alhamdulilah, ada tempat berteduh dari kesejukan yang makin melampau hanya dengan 25nzd per nite. Tulang seakan berdenyut seperti denyutan hati.
Sungguh, aku sangat berpuas hati dengan backpackers di NZ berbanding dengan di OZ, seperti kata seorang rakan tripku yang sudah pernah bertandang ke OZ.Benarkah?kita tandang, lihat dan banding..,=)
Malam kami bertemankan dinner Nasi goreng dan lauk sardin.Alhamdulilah!sedap. Rakan2 tidak putus berbincang aktiviti esok di daerah Greymouth.
Setelah perut terisi, mata kuyu.

8 july 2009
Perjalanan pagi, dengan masing2 berpuas hati dengan sarapan percuma dari owner backpackers.
dan aku, menggantung harapan tinggi untuk bertemu dengan Si Kucing Gemuk milik tuannya yang sempat ku peluk malam semalam. Tidak kesampaian.
Perjalanan bermula. Masih dalam daerah yang sama. Tujuannya: Quad Bike!permainan mencabar, mengembara di dalam lumpur di track selama satu jam. 6 orang dari kami meng invest 85nzd untuk Quad Bike (murah rezeki if datang dalam berkumpulan) Tidak termasuk ku. Benar, dapat ku rasakan kegembiraan dengan game itu. Tapi, sayang..ku batalkan niat dengan tiba2. =p

Separuh dari kami termangu. Penantian satu jam kosongkah?Aku mengajak mereka yang lain ke Shanty Town, yang seakan Ballarat di bumi Melbourne, ujar Ferzly. Kami bergerak, berpecah untuk sementara. Puas merayau dan bergambar di Shanty Town.Menarik!seakan kota Cowboy.

-di pintu masuk-
Lunch kami berahlikan 6 pengembara di depan pantai berbatu. 6 orang untuk sementara...

-Little Earth-
Setelah selesai menjemput Quad Bikers, Little Earth sempat dijelajahi dengan hanya 4.90nzd. Rezeki bertandang dalam kumpulan memang murah. Diskaun dari 12.50nzd! Bangunan2 kecil spt rumah dan hotel dibina. Tak lupa, orang2 kecil diselitkan. Pakcik tua menegur kami dan menceritakan hobinya yang tinggi dan cinta pada pembinaan model2 sebegitu. Hebat!semangat yang tak pernah luntur seperti tuanya usia. solat dan makan, perjalanan tak padam. Next stop...
West Coast!
Ah, west coast!aku kembali bertandang menerokamu. Teringat kembali,ekspedisi penjelajahan ku ke West Coast yang hanya separuh.

"Alhamdulilah..rezeki utk terus meneroka", ucap hati.

Tetamu di Punakaiki, tempat terletaknya Pancake Rocks. Kami terpaku melihat batu2 di pantai yang berlapis2, seperti pancake!

"Subhanallah!uniknya..", pujiku. Dengan ombak yang putus2 tiba memecah tenangnya pantai. Sejuk tetap setia menemani. Beku. Photographer2 sudah bersedia , memikul tripod dan camera Dslr masing2; Mr Canon dan Mr Nikon. Gaya, mutu, keunggulan...

-Pancake Rocks-
Sempatku mempelajari bahasa komuniti Mouri. Pemerhatianku, setiap tempat yang aku lawati, bahasa Mouri tetap setia menanti. Teringat kata Onai dan Aiman (sahabat setia MOE );

"Bahasa Masyarakat Mouri di NZ memang mendapat perhatian, bukan sahaja bahasanya. Mereka tidak diketepikan..", ujar mereka.

Aku merenung jauh. Teringat dengan Komuniti Abo di Oz.
"Samakah keadilan yang mereka dapat seperti kaum Mouri?", soal hati.
Diam...
Setelah lama di Punakaiki, kami bergegas pulang sebelum malam bertamu.
"Ah, duhai malam. Cepat benar kau makin bertamu menyapa siang", sapa hati.
Perjalanan pulang ke Chc melalui West Coast. Pada hari terakhir ini, sempat kami mengunjungi Hokitika, tasik hijau tulen. Kata abangku, tasik ini adalah salah satu location dalam the Lord Of The Ring, sewaktu Arwen dikejar..entah benaar, entahkan tidak..

"Subhanallah!cantik..cantik..dan amat indah bumi mu", pujiku.
Masuk ke hutan bukannya senang. Tapak2 kasut harus menyentuh tanah lembut dan lumpur. Hampi 10 mnt perjalanan dalam hutan, titian gantung terbentang di hadapan.
"Gayat jugak aku..", getus hati.
Agak rapuh, namun masih mampu bertahan berat beban 12 orang dari kami..tidak lupa pengunjung lain.

-titian gantung tidak sehalus titian sirat yang bakal menanti-

Nikmat alam!bawah titian gantung tersedia tasik hijau tulen. Suci!tak terkata...Meneruskan pendakian batu2 besar. Sneakers Fila tetap setia menemaniku..

"Hati2 ayie!sneakers mampu tergelincir", nasihat Hafiz sewaktu melihatku susah payah memanjat trun batu2 besar dan curam. memang bahaya!

-part of Hokitika-
Susah2 dahulu, senang2 kemudian, benarlah kata2 Melayu kita.
Di hadapanku sekarang, air hijau biru terbentang luas. Dekat. tidak seperti di titian gantung td yang hany mampu kulihat dari atas. kini, tangan boleh menyentuh tenangnya air ini..


-kehijauan dan ketulenan tasik di Hokitika-
Alhamdulilah..thank you Allah!
seronok. riang hati. tersenyum sepanjang masa sambil melihat rakan2 yang membuat aksi2 bersahaja di depan camera. Sejuknya air bukan main. Boleh beku. tapi, kocakan kaki dan tangan ke dalam tidak mampu menyapu hijau dan tenang nya tasik Hokitika.

Selain Hokitika, sempat kami bertamu di Fox Glacier. Subhanallah!terkedu dalam kesejukan. bukan kerana sejuk, tapi kerana menghayati ciptaan Allah yang pelbagai. Melihat glacier di depan mata, live!bukan dalam lukisan..ya Allah~Indahnya...
Sejuk di luar kereta kian terasa walaupun kami berlindung sepenuhnya. dan aku yang jarang lelap dalam perjalanan, kalah!makin kuyu mata tak mampu menahan kedinginan. Terkelip. Bunyi kesibukan kereta menegur ku dari tidur.

"oh! dah sampai?", soalku malu. Mataku merayau memastikan keadaan sekitar. Lebih 2 minggu menjadi tetamu di CHC sudah mampu membuatku kenal dengan persekitaran di sana. walaupun tidak 100%. Kereta berhenti di Ilam Village, student accomodation bagi Canter Uni. Kami mengurus dan menyelesaikan barang2 mana mampu. Dalam kepenatan yang masih membeku, kami merancang untuk bermain ski di Mount Hutt untuk hari esoknya.

"Ahh, semangat pengembara masih tidak lupus", hati berbisik.

Sebelum menyambung malam ,sempatku menyemak result sem 1 2009 di OASIS. "Alhamdulilah!!Thank you Allah", doaku.
Esok, sesuatu yang ganjil berlaku..


to be continued...

Monday, July 13, 2009

Cinta suci di bumi New Zealand (part 2)

"Ahh..aku kini berada dalam pesawat air bus xxx. Ya Allah, selamatkan kami semua" , lidahku tak putus berzikir.
3 and 1/2 hours menanti. 2 young local people di sebelah ku kdg kala tertidur dan kdg kala khusyuk gelak tawa bermain game dan lagu. Alhamdulilah, senakal2 mereka ini, mereka senyap seakan menghormati pabila melihat aku membaca mathurat di tangan. Apabila aku senyap, mereka riuh semula. its ok!janji dalam kawalan.
dan aku, sedang cuba memaksa mata kesayanganku untuk pejam dgn harapan agr Captain membuat isyarat utk landing.
"pejamlah sayang...," pujuk hati kepada mata. cemburu di hati melihat penumpang lain esp local people yang khusuk membaca. Ahh, bukan aku tak nak. tapi, aku jenis orang yang sukar membaca di dalam kenderaan. baik kereta mahupun pesawat. apetah lagi semasa berbasikal. buka sahaja page, pening menerjah..

Terbangun dan terlelap semula. begitulah rutinku dalam pesawat sehinggalah Captain membuat annoucement.
"Alhamdulilah..selamat mendarat selamat sampai", kata hati.
"Selamat bertemu bumi New Zealand. Aku datang untuk meneroka mu", jerit hati kecilku.

Menanti penjelmaan lugagge di depan mata menjadi masalah kepadaku. Harapanku tinggi melangit agar luggage merah hitam ber 'reben' hijau milik Suraya (housemateku) muncul. Hampir 10 minit, luggage yang dinanti dari jauh seakan melambai minta dipungut.
"Ah, itu dia..wahai luggage ku sayang. Ku sangka kau pergi lagi meninggalkanku..", getus hati.
Alhamdulilah!thank you Allah!

Keluar dari pintu depart, bebola mata merayau2 mencari seseorang or 2-3 orang.
Dari jauh, tersengih Farhana or Mui (panggilan manja kami) melambai2. Baju tidur beralas jaket tebal menunjukkan keselesaan tika mengharungi winter di bumi Christchurch. di tambah pula dengan pelukan hangat 2 orang sahabat yang lama tidak bersua.

Jam menunjukkan pukul 1.30 am.
"Kesian kau Mui. dahla flight aku delay 2 jam. susah2 kau datang dengan baju tidur", selorohku.
"Yela..member datang dari jauh. Takkan aku tak sambut. Hehe", kata kawanku. Kami gelak sekejap. Aku sangka Mira turut ada. Teringin juga nak berpelukan dgn dia di airport. tapi kesian, sudah tertidur di rumah.

"Siapa lagi yang datang?Kau drive sorang2?", soalku.
"Aiseh, buat2 tanya pulak. Mestilah dengan seseorang...", ujar Mui. Aku hanya mampu tersengih sambil kaki melangkah keluar dari airport. "Subhanallah! ", kesejukan menyentuh tulang badan.
Dari jauh, aku melihat seseorang datang menuju ke arah kami...

Tika kaki melangkah masuk ke rumah Mui.
"Peh, best nya rumah kau. Classic pun ada. dahla besar, duduk 3 orang", ujarku sambil mata merayau ke seluruh ruang. Saat itu, perkenalan ku dengan kak Anis and Kak Yani bermula (housemates Mui). tak lupa dengan Mira..=)

25 june 2009
Siang hari pertama di Christchurch. Indahnya...Mui and Mira membawa ku keluar. Tak pasti apa plannya. Yang pasti seorang lagi sahabatku turut menemani, Fazly. Capture pertamaku dengan EOS 400D adalah di Uni of Canterburry.

"Indahnya..cantiknya..,"puji hati.

-tika melintas sempadan Uni of Canterbury-

Kaki merayau bersama kesejukan siang. Silap dan degilku yang hanya membawa sehelai baju tebal (yang tak berapa tebal) wpun aku tahu Winter di New Zealand bererti hampir beku. heheh~
Perjalanan kami bermula dengan bas. "Bas nya macam bus kt Perth. samala...", ucapku. Syukur Mui bagi pinjam Metro Card nya.
Destinasi kami ialah SUMNER BEACH. namanya sahaja cukup menarik. sampai di sana..
"sejuknya ya Allah..", hati mengadu. Gigil. Tapi, bila mata melirik ke sebuah kedai comel di tepi jalan, mata terpaku. Diam. "kedai ice-cream la kawan2", jerit ku. aih, macam setahun tak makan ice-cream. sudahnya, walaupun sejuk beku pantai, kami tetap berselera makan ice-cream yang pelbgai perisa. Double-scoop lagi + wafle. Choc flavour nya sgt sedap!jarang dapat rasa choc yg memang choc. Nikmat nya ya Allah~
lama juga kami bermain2 di pantai dgn ice-cream. Gambar jgn cakap. tak putus2 bergambar.

-depan kedai ice-cream-
-gambar sewaktu turun curam-
Gaya, mutu, keunggulan...Part yang paling best selain ice cream: saat mendaki buki batu yang agk curam ku rasa. Hinggalah sampai ke puncak. melihat kapal2 berlayar jauh, seakan filem Pirates of Carribean. Keindahan pantai meliputi hingga ke persekitaran luar. termasuk rumah2 mahal mengeliling pantai.

"Indahnya YA ALLAH..". rasa ingin sujud syukur di bumi Christchurch. =). Malam berjalan dengan sambungan semula sesi perkenalan dgn kak Anis and Kak Yani. gelak tawa mereka semua membawa ku ke alam mimpi. sebelum tidur, aku termangu. Menanti, bagaimanakah hari esokku di bumi indah New Zealand...
















Friday, April 17, 2009

Adelaide to GOR, wonderful journey!












































Salam sahabat2..
fuh~lama jgk tak menulis blog..kinda busy wit my trip. =)
Alhamdulilah..dpt jgk spend masa curik2 tulis blog.
im having my easter break for 2 weeks.but it almost fiinish..haha~
3 days left~

ok..time to share some picts. i went a road trip from Adelaide to Great Ocean Road. subhanallah!a wonderful journey with wonderful people. Alhamdulilah~sejuk n nyaman je rse =)
Adelaide: well..Adelaide its a nice place to live. the nite life is pretty good. i love the colourful buildingn the food!its cheaper compared to Perth.=p
well, thanks to Knoodle for the 3 dishes food =) (budak2 Adelaide pgl K-not)
Adelaide uni is unique. not really big n not too small. building dia pun lawa =)
masa awal2 pgi smpi Airport, sempat jgk menidurkan diri kt rumah Mahirah, Taty n egy. simple-but-nice house. comel sgt~it suits u guys la =)
journey to city agk lama. tp okla..city tak hactic sgt tp ada life!dunno y they keep complaining bout their small city..tak bosan la, so nice!mybe coz uni adelaide kt city, so they all g city almost evryday..heheh =p
GOR: Ya Allah, betapa suci n indahnya ciptaan Mu, terasa diri ini sgt kerdil dihujani dgn ciptaan mu yg indah...berada di GOR adalah salah satu keadaan yg buat diriku rse tenang. terima kasih Ya Allah!my words n picts couldn't decribe the true feeling and view. Subhanallah!!!
rse agk kecewa coz tak berkesempatan nak naik helicopter spnjg di GOR.=p
budget tak match!hehehe. i thought its only aud60. tp aud95!!wow~but if we follow the rule 'sekali seumur hidup', ok je dgn rate mcm tu.heheh..tp sbb btul2 low budget time tu. Takpela..next time =) insyaAllah~

journey from Adelaide to GOR, takkan ku lupakan smpi bila2.semoga ingatan ku msih kuat terhdp keindahan ciptaan2 Mu yg sempat ku saksikan..insyaAllah. rse mcm kt NZ pun ade time tu. esp when we spent our time kt Apollo Bay.heheh =p
n thanks to Allah, not only for the places n nice journey, tp jg utk org2 bersamaku spnjg perjalanan kami...Alhamdulilah

p/s: congratz jgk kt sue n dak2 Adelaide n group Ukie n Katek yg ke GOR (wpun tak sama trip)