Tuesday, July 14, 2009

Cinta suci di bumi New Zealand (part 3)

26 june 2009
Hari kedua ku di bumi Christchurch." Ahh, segar sungguh udara pagi yang sejuk nyaman", ucap hati walaupun aku sedar jam sudah menunjukkan hampir 1 petang. Musim winter seringkali buat kita terleka mana satu pagi atau petang..Pagi sudah merangkak beralih ke tengahari.
DRESSMART!
urm...dengar sahaja bunyi pasti nya ia satu tempat utk bershopping. "wah!adakah terlaksana impian utk mencari kasut yang basah disentuh ombak di Sumner Beach kelmarin?", soal hati.
Ruang DRESSMART yang cukp besar berjaya membuat ku rambang mata. Bertemu dengan pelbagai gaya dan ragam manusia yang mungkin hasrat mereka sepertiku-mencari sesuatu yang bernilai untuk dipakai. pusing punya pusing..berjaya jugak membeli sepasang kasut Fila bagi mengganti kasut ku yang basah semalam. Alhamdulilah, harganya boleh tahan dengan hanya 50nzd. Sempat juga makan sushi utk mengalas perut. Thanks Mira!(dia ni memang penggemar sushi)


Petang itu, kami bergerak ke Riccarton Mall, antara mall yang popular di kalangan penghuni Christchurch.

"Wah!besar jgak..boleh tahan!seakan2 Mid Valley", teka hati. Walhal, boleh dihitung berapa kali aku jejakkan kaki ke Mid Valley KL.hehe~

Aku disua untuk mencuba kebab with Rice di Kebab Master, salah satu restoran halal di Riccarton Mall, yang bagiku cukup sedap dan nikmat!mungkin kerana lapar?tapi, memang berselera!mana taknya, siap order combo lagi. dasyat perutku ini!=p
Bukan sahaja Kebab Master menjadi taruhan, restoran India, Tika Masala membuka ruang perut. "Ahh, bila lapar, memang semua makanan jd dasyat!", ujar hati. Alhamdulilah...di tengah2 kesibukan manusia di mall, still ada juga satu dua kedai yang halal untuk dinikmati.
Hari keduaku diisi hampir sepenuhnya dengan Mall yang ada. seronok jugak!Malam ku yang seterusnya berlalu dengan gelak tawa penghuni rumah Creyke Road. Tambah2 lagi, dengan masakan kak Anis and Kak Yani. Ada saja benda yang mereka bagi utk ditelan. Alhamdulilah!tak terkata...=)
Sebelum tanggal 4 july 2009, aku masih mempunyai beberapa hari di Christchurch. Ahh, banyak juga aktiviti yang dilakukan. Selain dari membuat kek batik dengan penghuni rumah Creyke Road, aktiviti jelajah ke City juga antara perkara wajib dibuat. Kak Anis, Mui and Mia sempat membawa ku menjelajah city Christchurch yang cukup anngun bagiku. Dengan fish n chips nya ditengah2 city, dengan coffee nya yang cukup eksklusif, kedai souvenirs nya yang cukup menawan (Ahh, lupa pula nama kedai yang popular itu). memang menawan , hingga aku habis 78nzd di situ.
"Not bad la ayie. okla tu 78nzd utk souvenirs. dun worry la..", pujuk kak Anis. hehhe!dengan hanya beberapa ratus OZ dollars, aku tetap risau akan budget yang ada.
oh tak lupa, city nya yang mempunyai location2 yang menjadi igauan malam...
"Benarlah, kota Christchurch berjaya mencuri hatiku...", usap hati.

28 june 2009
Sunday. Takkan ku biarkan hari2 ku tanpa ilmu Islam. "Islam is the way of life", sapa hatiku. Lantaran itu, Onai dan Anis mengajakku ke convention Islam di city. 4 orang panel yang hebat; antaranya Profesor Canter Uni dan Imam Chc. Pelbagai aspek dalam Islam dibincangkan yang turut dihadiri oleh non-muslims .Paling menarik, bagaimana Islam bertapak di bumi Nz dan keperluan komuniti Muslim di Chc. Aku sempat duduk semeja mengenali International Student Advisor of Canterbury Uni. Ah, lupa namanya, tapi raut wajahnya, masih ku ingat ketika nota ini ditulis. Sempat kami mengajar beliau cara makan menggunakan tangan dan jenis2 makanan Malaysia. kebetulan, event petang itu menjamu minum petang dan dinner kami dengan masakan dari Middle East and Malaysia. Janggal menelan masakan Middle East. tapi, pengalaman itu berharga!tapi, ratahku banyak pada Malaysian Food, denga nasi minyaknya, lauk kambingnya, pudingnya.."Nikmat makan hadir kembali...", ujar hati. Duduk semeja dan bergaul dengan Muslim dari pelbagai daerah dunia amat menarik. Paling berkesan, sambil makan, sahabat2 Canter uni ditanya sendiri oleh Student Advisor itu, kehendak mereka as Muslim. Hebat!Jarang sekali officer dan student duduk semeja berbincang personal apa yang mereka inginkan.Indahnya ukhwah...=)

30 june 2009
Emergency case!
utusan sahabat2 mengajakku ku utk one-day trip ke West Coast begitu mengujakan...West coast!"ahh, cantik dan enak saja bunyinya", pujuk hati. Malam itu juga, kami berbelanja makanan sebagai bekalan ke West Coast.
Sepanjang perjalanan ke West Coast memang mantap!Subhanallah..Maha Suci Allah. yang mencipta dan mentadbir alam ini.
"Seluas-luas alam ini miliknya..", bisik hati. Pinjaman dari Nya ini sungguh indah!
Trip ke West Coast pagi itu berahlikan 2 buah kereta sewa. 1st car: Fiqs and Atikah's family, 2nd car:me, amir, aiman dan fazly. Kambing2 putih yang comel begitu menarik perhatian. tak lupa, cuacanya yang semakin menyengat tulang belulang.
"Tengok tu..snow cap!", jerit seorang sahabat NZ.
-on the way ke West Coast-

"Ya Allah!indahnya lukisan alam", ucap hati. Aku, yang pertama kali melihat gunung bersalji terpegun. Bebola mata tam menginjak ke mana. Fokus pada paksi yang kian memutih. Semakin lama perjalanan, semakin putih suasana. Semakin sejuk jua terasa.
Perjalanan kami ke West Coast hanya separuh jalan krn gelap yang cepat merangkak menyapu siang. Point kami yang terakhir sebelum bergerak pulang ialah Arthur's Pass. Kami berhenti, leka mata dan hati menyelongkar alam di hadapan mata. Gunung yang betul2 dekat meratah muka, bertemankan burung Kea yang datang membawa 'geng' mengharap makanan untuk diratah.

-Kami di Arthur's Pass-

"Hai burung...cantik sungguh kau", puji hati. Mana taknya, sekilas seperti helang. tapi mukanya tak serakus helang. Pelepah hijau tua secantik si kakak tua. 1st time melihat burung yang dipanggil Kea itu. Angin semakin kencang mengusir diam. Pulanglah kami dengan kepuasan hati meneroka separuh West Coast. Walaupun tak sempat sampai ke Punakaiki (pancake rock) spt yang digambarkan oleh Kak Yani. Syukran pada fiqs and to all!!!
"Mungkin, hari esok menjamin sesuatu yang lebih indah", pujuk diri.
Malam tidak berlalu seperti biasa, kerana aku bersiap2 menanti kedatangan Salwani yang bakal menjadi tetamu Christchurch selama 2 hari. Plan ke Gondola Chc terpaksa dibatalkan kerana program2 lain yang bakal tiba. Malam itu dan 2 malam seterusnya, Sal turut menjadi tamu di rumah Creyke Road, sepertiku.

1 july 2009
Pagi kosong. Indah dan sejuk tanpa program. Aku dan Fnab membawa Sal berjalan2 ke Uni Canter. Tengari itu aku isi dengan aktiviti memasak beramai2 di rumah Bro Hanafee untuk kuliahnya malam nti. Memang meriah. Nasi Lemak Sambal orang bujang. Selain menolong, aku mengambil peluang untuk lebih mengenali penghuni2 Christchurch. Alhamdulilah, mereka memang baik dan peramah. Sebelum ke kuliah tafseer malam itu, Kak Anis mengajak aku seperti biasa: Training Netball utk BERSATU GAMES di Palmy nti. Walaupun, tak dapat join di real arena nti, aku tetap setia bersama mereka, berlatih dan membantu mana boleh. menarik!Latihan kami di tengah2 court tanpa pelindung. Sememangnya sejuk!pengalaman....=). Setiap kali training itulah, aku sempat mengenali junior2 ku sewaktu di INTEC. tak kenal maka tak cinta..
Malam-Kuliah tafseer dibawa khas oleh Bro Hanafee. Kuliah terakhirnya sebelum berangkat pulang 3 july nti. Tafseer surah Al-Insyirah yg disampaikan beliau cukup menarik. Kandungan dan gaya penyampaian memberi input yang bermakna untuk semua. InsyaAllah, segala ilmu akan dimanfaatkan.

2 july 2009
Hari kami dihiasi dengan trip ke New Brighton bersama aiman, fazly dan onai. Sebuah beach yang ombakyang dasyat.Subhanallah!hebat kuasa Mu Allah...Sejuk beku. Payah nak menekan butang shutter. rakan2 membantu mengambil gambar. tak pernah ku lihat ombak sebesar dan sekuat itu. Angin kencang. tapi, tidak membantutkan kemahuan kami untuk menikmati kekuatan ombak. Sempat mengalas perut dengan Chips,roti sardin dan meggi goreng. Enaknya...Alhamdulilah!


-di New Brighton-

Hari itu, Sal bergerak ke Welly. sebelum bertolak pulang, kami singgah ke City. Bridge of Remembrance, Chc Botanic Garden, The Fudge n Old Uni kami jelajah. Cantik...cantiknya Christchurch berterusan, yang tamatnya menjadi rahsia Allah.

-dalam pokok di Chc Botanic Garden-


-di old Uni-(lihat objek tergntung di atas)

-dalam The Fudge-

-di Chc Botanic Garden (wit Sal)-
Malam itu, fazly,aiman, aku dan onai menghantar Sal ke airport. Selamat bertemu kembali di Perth nanti sahabat..Aku masih lagi di sini, melayan hari2 di kota Christchurch.
Hari esok, menjanjikan kesedihan buat sahabat2 Chc...
to be continued...

No comments:

Post a Comment