Friday, August 28, 2009

cerita 12.30 am

Tik!tik~tik!
Itu bukan bunyi air dari bath tub tapi jam 15-minit awal kesayangan ku. Ah!cepat benar detikan bunyi jam. Seakan tidak menghirauku walau sekilas. Tidak. Beratus detikan lagi, akan menjamah hari esok. Terbitnya sang mentari pagi sabtu.
Bukan aku malas akan hari esok. Sememangnya, ku tunggu-tunggu Iftar Safiyya dan Tarawikh Jama'ie kami.
"Lagi dua hari nak ke Isnin", keluh sang hati.
Apabila bulan bangga menghiasi Ahad malam dan sang mentari menjamah pagi sabtu bererti study break sudah pun tamat.

Ah..longgokan assesment menanti. Longgokan assessment tidak sama macam longgokan sampah. Longgokan sampah itu busuk tapi bernilai di kemudian hari apabila dipungut dan diproses (bumi Perth, longgokan sampah diangkat tiap selasa)akala, longgokan ilmu itu sentiasa wangi dan selalu di proses. Subhanallah!
"ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah", fikirku. Sememangnya, pepatah arab ini sentiasa bermain di fikiranku.
Bagaimana nak beramal jika tiada iman. Nah, bukankah iman manusia itu naik turunnya?Iman naik, amal berganda. Iman turun, amalan merosot. Celaru fikiranku.
"Macam mana nak terus berilmu dan beramal? Sempatkah usiaku?", risau ku.
Kadang-kala, bukan kadang kala tapi selalu ku fikir sempurnakah ilmu ku yang ku kutip belasan tahun ini untuk ku berjuang di jalan Yang Esa?

Hari ini ku fikir, kurang produktif. Selain dari kuih onde-onde yang ku buat petang tadi, masih belum cukup produktif. Tamak!
Ah!pedulikan. Tamak dalam mencari ilmu tidak salah selagi sejajar dengan syarak.
Hari esok dan esok dan esok seterusnya masih menanti.
"Ya!jika umurku masih panjang..InsyaAllah!", usap hati sambil terkeluar bibit-bibit keluhan sementara. Risauku sebagai manusia masih ada.

Tik!tik!tik!
Ah!bunyi itu...datang lagi. Seakan melekat di telinga ku. Sempat ku menjeling helaian International Financial Reporting Standards yang setebal gajah!

Diam. Aku harus tamak!ya..tamak dalam mencari ilmu tapi tak kedekut memberi ilmu...